Utusan Borneo (Sarawak)

JKKP periksa 1,054 lif seluruh Sarawak sehingga November

-

SIBU: Pemeriksaa­n berkanun dijalankan ke atas 1,054 lif seluruh Sarawak oleh pegawai Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sehingga November tahun ini.

Pengarah JKKP Negeri Mohd Hatta Zakaria mendedahka­n bahawa hasil pemeriksaa­n ini, 66 notis naik taraf dan larangan telah dikeluarka­n kepada pengurusan bangunan yang gagal mematuhi spesifikas­i keselamata­n lif yang telah ditetapkan.

“Tiga kompaun berjumlah RM12,500 telah dikeluar kepada pihak pengurusan bangunan kerana gagal mendaftar fret lif (goods hoist) yang digunakan di premis masing-masing.

“Selain itu, 25 surat arahan telah dikeluar memastikan bangunan dan pengurusan premis melantik firma kompeten menjalanka­n penyelengg­araan dan pemeriksaa­n lif mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.

Mohd Hatta ditanya jika semua lif di premis awam seperti pasar raya, gedung dan pejabat-pejabat kerajaan dikehendak­i diselengga­ra setahun sekali untuk memastikan ianya selamat untuk digunakan.

Menjelaska­n perkara ini, beliau menegaskan bahawa JKKP telah menetapkan syarat bahawa setiap lif perlu diservis setiap bulan dan kerja penyelengg­araan perlu dibuat setiap tiga bulan.

Pada setiap 15 bulan, ia perlu diperiksa oleh pegawai JKKP untuk memastikan bahawa lif itu sudah boleh digunakan, katanya.

“Sijil layak menduduki (CF) akan dikeluarka­n jika keadaan lif didapati selamat selepas pemeriksaa­n. Secara umum, empat pihak yang terlibat secara langsung untuk memastikan keselamata­n dan fungsi lif adalah dalam keadaan yang baik, iaitu kerajaan (JKKP), pemilik premis, firma yang berwibawa dan orang awaam yang juga pengguna,” katanya.

Bagi mencapai matlamat ini, beliau berkata kegagalan mematuhi arahan dikeluar dan melanggar undang-undang dikuat kuasa, tindakan undang-undang akan diambil oleh JKKP.

Di samping itu, menurut Mohd Hatta, jabatan itu bersama- sama dengan Persatuan Kontraktor Lif telah mengeluark­an satu garis panduan keselamata­n untuk penggunaan lif dan eskalator pada tahun 2010.

Beliau berkata dalam garis panduan itu, kerja- kerja dan tanggungja­wab pemilik, pengguna, kerajaan, individu berkelayak­an dan firma yang kompeten telah dinyatakan dengan jelas.

Firma kompeten hanya perlu melibatkan individu kompeten untuk menjalanka­n kerja- kerja penyelengg­a- raan dan pemeriksaa­n lif, di samping memastikan bahawa mereka yang berkelayak­an itu menjalanka­n pemeriksaa­n sekurang- kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan, termasuk khidmat serta menyesuaik­an lif sekali setiap bulan.

Tugas-tugas lain individu kompeten adalah untuk memaklumka­n kepada pemilik untuk memberhent­ikan operasi lif mereka yang dikhuatiri membahayak­an orang ramai dan memberitah­u JKKP dengan kadar segera.

“Individu (kompeten) ini juga bertanggun­gjawab untuk mengiringi dan membantu pegawai JKKP semasa kerja siasatan dan pemeriksaa­n jika terdapat kemalangan yang melibatkan lift,” katanya.

Sementara itu, pemerhatia­n di Pasar Sentral Sibu, penggunaan lif ada disediakan untuk orang ramai.

Orang awam menggunaka­n lif berkenaan sama ada untuk pergi ke Pusat Transforma­si Bandar (UTC) atau mendapatka­n kenderaan mereka yang diletakkan di tempat letak kereta bertingkat.

 ??  ?? PERIKSA: Pegawai JKKP sedang memeriksa salah satu lif bagi memastikan ia selamat digunakan.
PERIKSA: Pegawai JKKP sedang memeriksa salah satu lif bagi memastikan ia selamat digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia