Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Pending buka kaunter daftar, kemas kini data BR1M di Bintawa

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Cawangan Pending membuka kaunter pendaftara­n dan kemas kini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Bintawa dekat sini, semalam.

Kaunter yang dibuka selama setengah hari oleh pasukan khidmat BR1M parti itu semalam berjaya membantu lebih daripada 30 individu dalam proses pendaftara­n dan kemas kini maklumat.

Diketuai oleh Setiausaha Eksekutif cawangan itu, Chong Teck Miaw, khidmat tersebut telah dipergiatk­an kepada masyarakat setempat dalam kawasan Pending.

“Ini merupakan kali keempat kami membantu rakyat di Pending untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat yang diperlukan bagi melayakkan mereka menikmati BR1M.

“Kami telah mengadakan sesi khidmat BR1M sebanyak dua kali di Kenyalang Park dan sekali di Sungai Apong di mana setiap sesi menerima lebih daripada 200 individu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kantin Tokong Heng Ann Thian Miau, di Bintawa dekat sini semalam.

Tambah Chong, pasukan khidmat BR1M mereka akan menjalanka­n sesi terakhir di Pasar Basah Kenyalang di sini pada 31 Disember dari jam 7.30 pagi hingga 11 pagi.

Beliau turut mengingatk­an bahawa hanya perkhidmat­an secara atas talian akan disediakan pada sesi terakhir itu nanti.

Tarikh 31 Disember merupakan tarikh terakhir untuk pendaftara­n BR1M bagi bayaran tahun depan.

Chong turut mengingatk­an para pemohon agar menge- mukakan maklumat yang tepat bagi mendapatka­n jumlah bantuan yang tepat tahun depan.

“Tidak dinafikan bahawa ada antara individu yang menerima BR1M dengan nilai yang rendah daripada sepatutnya kerana maklumat yang tidak tepat.

“Justeru, kami menggesa semua pemohon untuk memasukkan maklumat diri yang tepat terutama pendapatan bulanan bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada senarai penerima bantuan,” katanya.

Penerima BR1M kategori bujang dengan pendapatan kurang RM2,000 akan menerima RM450.

Manakala, isi rumah dengan pendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 akan menerima RM900.

Isi rumah dengan pendapatan RM3,000 ke bawah pula akan menerima BR1M sebanyak RM1,200 yang akan dibayar secara berperingk­at bermula Februari depan.

 ??  ?? KHIDMAT BANTUAN: Pasukan khidmat BR1M SUPP Cawangan Pending menawarkan bantuan pada sesi pendaftara­n dan kemas kini data di Bintawa semalam.
KHIDMAT BANTUAN: Pasukan khidmat BR1M SUPP Cawangan Pending menawarkan bantuan pada sesi pendaftara­n dan kemas kini data di Bintawa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia