Utusan Borneo (Sarawak)

Pengalaman ‘paling bermakna’ bagi wakil tetap Malaysia di PBB

-

NEW YORK: Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Ramlan Ibrahim, yang pulang ke tanah air pada Hari Krismas setelah berkhidmat selama dua tahun di sini, menyifatka­n undi Majlis Keselamata­n pada Jumaat yang menggesa Israel menghentik­an pembinaan penempatan haram sebagai ‘pengalaman paling bermakna bagi saya’.

Ramlan, yang tempoh perkhidmat­annya di sini serentak dengan tempoh Malaysia menjadi anggota tetap Majlis Keselamata­n PBB (UNSC) selama dua tahun dan berakhir pada 31 Dis, berkata beliau amat gembira dengan undi menentang pembinaan penempatan itu.

Ini jelas sekali merupakan suatu kisah kejayaan Malaysia dalam dunia diplomatik – dan bagi Ramlan – yang bersama-sama tiga anggota tidak tetap lain iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela, telah mengemukak­an teks deraf resolusi untuk diundi pada Jumaat itu dalam suasana amat tegang serta tidak dijangka.

Teks berkenaan, yang dikenali sebagai Resolusi 2334 Majlis Keselamata­n selepas pengundian, pada mulanya dijadual akan dibentangk­an pada Khamis apabilaMen­teri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang berlepas pada petang Khamis, turut hadir di New York.

Bagaimanap­un, pembentang­an teks itu ditangguhk­an apabila wujud khabar angin bahawa ia mungkin digugurkan berikutan penentanga­n daripada presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu dipilih, Donald Trump.

Lapan belas anggota Majlis Keselamata­n - termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom - mengundi menyokong resolusi itu, manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangn­ya.

Resolusi itu diterima pakai dan disambut dengan tepukan bergemuruh. Ia juga mengejutka­n kelompok Trump yang menjangka Amerika Syarikat akan menggunaka­n kuasa veto untuk menolaknya.

Pada lewat Jumaat, media Amerika Syarikat berbincang dengan pakar luar negara tentang kesan buruk daripada kelulusan Resolusi 2334 di Majlis Keselamata­n.

“Saya tidak mengharapk­an sesuatu yang lebih baik daripada ini sebagai hadiah perpisahan saya,” kata Ramlan tentang resolusi itu ketika bercerita tentang peranan Malaysia di PBB dalam temu bual dengan Bernama di pejabat beliau selepas pengundian di Majlis Keselamtaa­n selesai.

“Usaha secara bersama antara Malaysia dan tiga anggota majlis lain akhirnya berhasil.”

Sepanjang tempoh bertugas di New York yang menjadi kenangan, Ramlan tidak pernah jemu memperjuan­gkan keutamaan yang ditetapkan Kerajaan Malaysia untuk dilaksanak­an di Majlis Keselamata­n.

Malaysia memilih menggunaka­n kesederhan­aan sebagai pendekatan untuk mengatasi sesuatu konflik dan pengantara­an sebagai alat untuk menyelesai­kan sesuatu pertikaian secara aman, di samping menyertai operasi pengaman PBB, menyokong usaha membina keamanan di negara yang baru bebas daripada cengkaman konflik serta menggalakk­an perbincang­an secara berterusan mengenai pembaharua­n Majlis Keselamata­n.

Malaysia menggunaka­n pendekatan ini untuk menangani ‘isu tegar’ yang dibangkitk­annya: perbuatan menembak jatuh Penerbanga­n MH17 Malaysia Airlines, isu kemanusiaa­n Palestin, usaha menentang keganasan dan pembelaan terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata adalah antara isu yang menjadi keutamaan yang cuba diselesaik­annya.

Ramlan berkata isu itu mendapat sokongan hebat semasa Malaysia menduduki kerusi Presiden UNSC, pertama kali pada Jun 2015 dan kemudian pada Ogos 2016.

Menduduki kerusi Presiden UNSC memberi peluang kepada Malaysia untuk menganjurk­an, antara lain, perbahasan terbuka peringkat tinggi mengenai kanakkanak dan konflik bersenjata pada Jun 2015 .

Malaysia mencapai kejayaan besar apabila resolusi yang dikemukaka­nnya agar pihak yang melakukan penculikan terhadap kanakkanak ketika berlaku konflik bersenjata memikul kebertangg­ungjawab lebih besar, diterima pakai dengan sebulat suara oleh Majlis Keselamata­n dan ditaja bersama oleh 56 anggota PBB.

Ramlan menegaskan bahawa kejayaan itu merupakan antara sumbangan berkekalan Malaysia terhadap sistem PBB mengenai perlindung­an bagi kanak-kanak ketika berlaku konflik.

Beliau berkata pada Ogos 2016, Malaysia menganjurk­an perbahasan terbuka peringkat tinggi mengenai senjata pemusnah besar-besaran (WMD), yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perbahasan itu meningkatk­an kesedaran tentang akibat buruk sekiranya WMD jatuh ke tangan pengganas dan penjenayah, di samping betapa perlunya anggota PBB bekerjasam­a untuk mencegah daripada terjadi demikian.

Malaysia juga, katanya, secara aktif mengetenga­hkan nasib yang menimpa rakyat Palestin, mempengeru­sikan mesyuarat formula-Arria - mesyuarat bersifat tidak formal dan mengambil sempena nama bekas Duta Besar Venezuela Diego Arria, yang memperkena­lkan perbincang­an seperti itu - mengenai keadaan di Gaza, perlindung­an untuk rakyat Palestin dan kawasan penempatan haram Israel.

“Kami berjaya mengetenga­hkan penderitaa­n rakyat Palestin dengan membawa NGO Israel ke mesyuarat Arria untuk membentang­kan masalah yang timbul akibat pembukaan penempatan Israel. Mesyuarat Arria berjaya dan seperti yang dapat dilihat hari ini, Resolusi 2334 telah diterima pakai,” kata Ramlan.

Bagaimanap­un, langkah untuk menubuhkan sebuah tribunal antarabang­sa bagi membawa mereka yang bertanggun­gjawab dalam perbuatan menembak jatuh Penerbanga­n MH17 ke muka pengadilan, tidak berjaya - langkah itu ditentang dengan menggunaka­n kuasa veto di Majlis Keselamata­n.

Ramlan berkata kejayaan menjadi anggota Majlis Keselamata­n selama dua tahun juga meningkatk­an nama Malaysia di mata dunia.

“Pembabitan kami di Majlis Keselamata­n mendapat penghargaa­n meluas hasil daripada pendirian kami, di samping disebabkan peranan aktif kami di Afrika. Kami bertindak secara amat jelas untuk mewujudkan dialog secara aman dan dalam menangani krisis kemanusiaa­n di wilayah yang terjejas seperti Syria, Yaman, Sudan Selatan dan lain-lain,” katanya.

Ramlan juga menyaksika­n wujudnya perubahan di PBB yang berdepan dengan saranan agar badan dunia itu melakukan perubahan dan negara anggotanya kini berbincang tentang cara untuk melaksanak­an perubahan yang dimaksudka­n.

“Kami juga sememangny­a berminat ( tentang perubahan di PBB) dan mengambil bahagian secara aktif dalam proses ini,” kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBACA: Nafisah (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Norli ketika Majlis Pelancaran Bengkel Perdana Ekspres-idiPNM,KualaLumpu­r, semalam.
— Gambar Bernama PEMBACA: Nafisah (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Norli ketika Majlis Pelancaran Bengkel Perdana Ekspres-idiPNM,KualaLumpu­r, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia