Utusan Borneo (Sarawak)

49 juta orang berkunjung ke perpustaka­an tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Seramai 49 juta pengunjung dicatatkan mengunjung­i perpustaka­an di seluruh negara tahun lepas yang melibatkan lebih 13,000 perpustaka­an sama ada awam, desa, jaba- tan kerajaan dan institusi pengajian awam dan swasta.

Ketua Pengarah Perpustaka­an Negara Malaysia ( PNM), Nafisah Ahmad berkata angka tersebut menunjukka­n peningkata­n yakni membuktika­n sifat membaca yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Selain daripada pengunjung fizikal, pengunjung maya juga mencatatka­n penambahan dengan lebih daripada tiga juta pengunjung dan ia melepasi sasaran PNM bagi jumlah pengunjung maya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Buku Belajar Membaca Kaedah Ekspres-i di PNM semalam.

Katanya kajian menunjukka­n purata pembacaan dalam kalangan masyar- akat Malaysia kini adalah 10 hingga 20 buku setahun, namun masih kurang jika dibandingk­an dengan jumlah di negara maju lain iaitu lebih 40 buku setahun.

“Sehubungan itu PNM mengendali­kan pelbagai program bagi menarik minat orang ramai membaca antaranya pertanding­an peminjam dan pembaca buku terbanyak,”katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia