Utusan Borneo (Sarawak)

Resolusi PBB menentang penempatan haram Israel kemenangan buat Palestin

-

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dilihat satu kemenangan buat rakyat Palestin yang telah lama ditindas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentang­kan draf resolusi sama menuntut Israel menghentik­an penempatan haram Israel itu.

“Alhamdulil­lah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT jua, meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan terbela.

“Malaysia, bersama tiga lagi negara yakni New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentang­kan draf resolusi sama menuntut Israel menghentik­an penempatan haram mereka,” kata perdana menteri dalam catatan di blog rasmi beliau hari ini bertajuk ‘Resolusi Menentang Penempatan Haram’.

Najib berkata, keputusan itu bukan sahaja dari sudut agama, sebaliknya ia juga menandakan sokongan padu komuniti antarabang­sa menentang pelanggara­n undang-undang antarabang­sa yang dilakukan rejim Zionis.

Terdahulu semalam, 18 anggota UNSC - termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom - mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangn­ya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia