Utusan Borneo (Sarawak)

Rancanglah perjalanan, patuhilah peraturan trafik semasa Krismas

-

P U T R A J A Y A : R a n - canglah perjalanan anda, sentiasala­h memakai tali pinggang keledar, patuhilah peraturan lalu lintas dan berehatlah­jika keletihan, kerana keselamata­n jalan raya adalah tanggungja­wab kita bersama, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.

Dalam perutusan bersempena Krismas, Liow berharap mereka yang melakukan p e r j a l a n a n pada musim cuti ini sentiasa ceria dan selamat.

“Kita sedang menikmti musim untuk bergembira, berkasih sayang dan mempamerka­n kemurahan hati. Kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini, saya ucapkan Selamat Menyambut Krismas,” katanya.

“Malah, ketika kita berkumpul bersama- sama keluarga dan rakan kita pada musim cuti ini, marilah kita sentiasa saling menghormat­i kepercayaa­n dan pendirian satu sama lain sebagai bangsa Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia