Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal cekal jual lemang pelbagai perisa

Kak Neng mampu raih pendapatan RM1,000 sehari jual lemang menjelang sambutan Hari Krismas

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Ibu tunggal dengan sepuluh orang anak meraih pendapatan kirakira RM1,000 sehari dengan menjual lemang pelbagai perisa menjelang sambutan perayaan Hari Krismas.

Wanita cekal yang mesra dengan panggilan Kak Neng Lemang ini memberitah­u, dia mampu menjual antara 200 dan 300 batang lemang sehari jika banyak tempahan diterima.

“Perniagaan lemang ini saya buat secara bermusim iaitu empat kali setahun pada Hari Krismas, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban serta Tahun Baharu Cina.

“Sempena perayaan Krismas ini, jualan lemang harian saya adalah terhad untuk tempoh tertentu sahaja, paling lama pun seminggu bergantung kepada permintaan,” katanya.

Ketika ditemui di gerai jualan lemangnya di Jalan Semarak di sini semalam, lemang Kak Neng merupakan antara yang popular di sekitar bandar raya ini.

Antara lemang Kak Neng yang mendapat sambutan ialah Lemang Biasa, Lemang Udang, Lemang Pandan dan Lemang Jagung yang dijual pada harga antara RM12 dan RM18 sebatang.

Selain menjual lemang pada musim perayaan, Kak Neng turut menerima tempahan lemang pada hari-hari biasa daripada masyarakat bagi majlis- majlis dan kenduri tertentu.

Kak Neng turut menjual dan menerima tempahan makanan lain seperti kuihmuih dan umai bagi menampung hasil jualan lemangnya yang terhad pada musim perayaan.

Bagi mereka yang ingin mencuba lemang Kak Neng boleh kunjungi gerainya yang dibuka di Jalan Semarak, Matang dekat sini sempena Hari Krismas hari ini.

Perniagaan lemang ini saya buat secara bermusim iaitu empat kali setahun pada Hari Krismas, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban serta Tahun Baharu Cina. Kak Neng Penjual lemang

 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Kak Neng cekal menjual lemang di Jalan Semarak, Matang setiap kali musim perayaan Krismas dan lain-lain perayaan.
DAPAT SAMBUTAN: Kak Neng cekal menjual lemang di Jalan Semarak, Matang setiap kali musim perayaan Krismas dan lain-lain perayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia