Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis pra-Krismas anjuran Taman Boulder Built disambut meriah

-

KUCHING: Majlis pra-Krismas anjuran Taman Boulder Built disambut meriah dalam satu program baru-baru ini.

Menurut Tuai Rumah Taman Perumahan Boulder Built, Spencer Birai, terdapat pelbagai program diadakan berjalan dengan lancar dan meriah.

Sempena sambutan berkenaan, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) juga menyampaik­an sijil kepada 19 wanita berjaya menyertai dan belajar membuat rantai manik atau ‘marik empang’ moden.

Selain itu, dua murid cemerlang dalam peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 juga menerima insentif daripada JKKK.

Malahan bagi menghargai mereka memerlukan dua orang daripada ahli yang dimasukkan di hospital turut menerima bantuan kewangan dan enam penerima lain menerima hamper Krismas daripada JKKK terbabit.

Program itu turut dimeriahka­n dengan pertanding­an karaoke bagi pendudukny­a.

Spencer dalam ucapan alu-aluannya turut menngemuka­kan masalah dihadapi penduduk di taman berk- enaan.

Antaranya kata beliau masalah lampu jalan masih tidak mencukupi dan berharap Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) dapat menyediaka­n lampu jalan pada tahun hadapan.

“Begitu juga bagi parit di kawasan ini yang tidak dinaik taraf dan kami berharap pihak berkaitan dapat meneliti perkara ini.

“Selain itu kami juga tiada tempat khas untuk mengan- jurkan apa- apa program, yang mana sekarang ini kami menggunaka­n rumah saya sebagai venue,” kaanya.

Beliau berharap wakil ADUN Batu Kitang juga Pengerusi MPP Lo Khere Chiang yang hadir pada malam itu, menyampaik­an perkara berkenaan kepada beliau.

Lo diwakili ahli majlis MPP Yeo Eng Kuang yang turut merasmikan Pra Krismas Boulder Built.

 ??  ?? CEMERLANG: Pemanca John Tambi menyampaik­an insentif kepada pelajar cemerlang UPSR sambil disaksikan Spencer (kanan) dan Yeo (kiri).
CEMERLANG: Pemanca John Tambi menyampaik­an insentif kepada pelajar cemerlang UPSR sambil disaksikan Spencer (kanan) dan Yeo (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia