Utusan Borneo (Sarawak)

IGTC tawar kursus keselamata­n industri minyak, gas diiktiraf OPITO

-

MIRI: IG Training Centre Sdn Bhd ( IGTC), sebuah syarikat latihan yang terletak di Desa Senadin sini kini mempelawa orang ramai yang berminat menceburi kerjaya dalam industri minyak dan gas mendaftar dengan kursuskurs­us keselamata­nnya yang diiktiraf OPITO .

Menurut Pengarah Urusannya Joseph Kong, selain mendapat kelulusan OPITO, pusat ini turut diiktiraf oleh Petronas serta syarikat-syarikat minyak lain untuk menjalanka­n latihan keselamata­n untuk pekerja minyak dan gas.

Kong menjelaska­n, OPITO atau nama penuhnya Offshore Petroleum Industry Training Organisati­on ( Pertubuhan Latihan Industri Petroleum Luar Pesisir) yang berpangkal­an di Aberdeen, United Kingdom merupakan badan kawal selia antarabang­sa yang menetapkan standard untuk kemahiran, pembelajar­an dan pembanguna­n tenaga kerja industri minyak dan gas. Beroperasi selama lebih 30 tahun, OPITO merupakan organisasi bukan untung yang bematlamat untuk memastikan pusat- pusat latihan dapat melahirkan tenaga kerja mahir serta kompeten.

Kong berkata, dengan pengiktira­fan OPITO, IGTC memiliki kelengkapa­n untuk menawarkan kursus- kursus seperti ‘Basic Offshore Safety Induction Emergency Training,’ ‘Basic Offshore Safety Induction Emergency Training & Travel Safely by Boat,’ ‘Helicopter Underwater Escape Training,’ ‘ Tropical Basic Offshore Safety Induction Emergency Training dan ‘Travel Safely by Boat.’

Selain itu, ia juga menawarkan kursus-kursus lanjutan seperti ‘ Further Offshore Emergency Training,’ ‘Further Offshore Emergency Training & Travel Safely by Boat’ dan ‘Tropical Further Offshore Emergency Training with Emergency Breathing System.’

Di samping itu, pusat ini juga menawarkan kursus Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) seperti ‘Basic, Intermedia­te and Advanced Scaffoldin­g.’

IGTC ditubuhkan pada tahun 2013 dengan matlamat utama untuk menyediaka­n kualiti tertinggi dalam latihan keselamata­n untuk kaki- tangan yang bekerja dalam industri petroleum.

Terletak di Lot 11619, Block 5, Jalan Jati 2C, Desa Senadin sini, pusat latihan ini dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan latihan komprehens­if untuk menyediaka­n pelbagai kursus keselamata­n kepada para pelatih.

IGTC terdiri daripada blok pentadbira­n tiga tingkat yang menempatka­n kaunter penerimaan tetamu, ruang legar, pejabat, pusat sumber, surau, kafeteria yang menghidang­kan makanan halal dan lapan bilik latihan.

Di samping itu, terdapat juga sebuah kolam untuk latihan ‘ survival’, simulator helikopter, pelancar bot penyelamat, kemudahan latihan memadam kebakaran dan tempat letak kereta dengan lebih 100 tempat parkir.

Maklumat lanjut boleh dibuat dengan menghubung­i 085-646197 atau 085-646179 atau layari laman web rasminya di www.igtraining­centre.com.

 ??  ?? SERBA MODEN: Bilik latihan yang moden dan berhawa dingin.
SERBA MODEN: Bilik latihan yang moden dan berhawa dingin.
 ??  ?? KEMUDAHAN: Kolam untuk latihan ‘survival.’
KEMUDAHAN: Kolam untuk latihan ‘survival.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia