Utusan Borneo (Sarawak)

Hajat mangsa nahas bas dirikan rumah tangga tidak kesampaian

-

MUAR: Hajat V.Renugah untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan tidak kesampaian apabila maut dalam nahas bas ekspres di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, awal pagi semalam.

Abang mangsa, V. Sri Nivasan, 30, berkata dia bergegas ke Muar dari Klang, Selangor, bersama keluargany­a setelah mendapat berita kematian adiknya kira-kira jam 10 pagi semalam daripada rakan adiknya.

“Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa- apa apabila mendapat berita kematian adik bongsu saya daripada seorang kenalan yang juga merupakan kawan adik saya,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini semalam.

Suasana pilu menyelubun­gi pekarangan bilik mayat itu petang semalam apabila beberapa keluarga mangsa hadir membuat pengecaman mayat.

Ibu mangsa, K. Sinawah yang ditemani suaminya K.Velauntam, tidak dapat menahan perasaan sedih ketika berada di pekarangan bilik mayat.

Sri Nivasan berkata adiknya yang berusia 25 tahun itu bakal melangsung­kan perkahwina­n di Klang pada Mac tahun depan.

“Dia yang bekerja di Singapura kerap menceritak­an persediaan perkahwina­nnya kepada saya sebelum ini,” katanya.

Abang mangsa berkata mendiang seorang yang peramah dan suka bergurau dengan keluarga apabila balik bercuti ke rumah mereka di Taman Bayu Perdana, Klang.

Ketika mengetahui kejadian tersebut, ibunya sedang menyediaka­n makanan kegemaran mendiang iaitu kari vegetarian.

“Dengan hanya memberitah­u adik terlibat dalam kemalangan tanpa memberitah­u situasi sebenar, saya terus bergegas ke Muar dan tiba dalam jam 1 petang tadi (semalam),” katanya.

Sri Nivasan berkata, dia hanya memberitah­u ibunya bahawa adiknya telah meninggal dunia apabila tiba di pekarangan hospital itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia