Utusan Borneo (Sarawak)

Situasi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah terkawal

-

MUAR: Situasi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, yang menempatka­n kesemua mangsa nahas bas di Pagoh, buat masa ini berada dalam keadaan terkawal.

Jurucakap hospital berkata, dua daripada 16 yang cedera dibenarkan pulang pada jam 10 pagi semalam setelah mendapatka­n rawatan akibat cedera ringan.

“Sementarai­tu,mereka yang cedera parah masih mendapatka­n rawatan di wad kecemasan.

“Kami masih menguruska­n tempat yang sesuai bagi keluarga mangsa berkumpul,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan di sini, semalam.

Tinjauan Bernama mendapati setakat jam 10 pagi semalam, belum kelihatan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas itu berkumpul di kawasan bilik mayat hospital itu.

Dalam kemalangan pada kira-kira jam 3.30 pagi semalam, 14 orang maut manakala 16 lagi cedera apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter di Km137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh.

Daripada 16 yang cedera, enam adalah warganegar­a Singapura dan dua warganegar­a Myanmar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia