Utusan Borneo (Sarawak)

Saya rasa nak pergi jauh, ayat-ayat terakhir tunang sebelum nahas

-

MUAR: “Saya rasa nak pergi jauh” adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira Izzaty Razip, mangsa nahas bas ekspres di Pagoh yang maut, kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan awal pagi semalam.

Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di KM137.3 Lebuhraya Utara- Selatan arah utara berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh dekat sini.

Tunangnya, Hary Ramlan, 26, berkata kali terakhir dia bertemu tunangnya adalah ketika mengambil tunangnya di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai dan menghantar­nya ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.

“WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan ‘saya rasa nak pergi jauh’ jadi saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya.

“Saya hantar dia pada jam 11.30 malam dan tunggu dia bertolak. Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalk­an segala makan minumnya dan mengikhlas­kan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan,” katanya.

Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak- esak semasa di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmat­an bas.

“Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian.

“Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura jadi pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumka­nnya mengenai kemalangan tersebut.

“Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftara­n bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurutnya lagi, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.

Difahamkan Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas bas berkenaan. — Bernama MUAR: “Alhamdulil­lah, adik saya hanya cedera ringan,” kata Mohd Juzaimy Zakaria yang amat bersyukur kerana adiknya selamat dalam nahas bas ekspres di Km137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan rehat dan rawat Pagoh, awal pagi semalam.

Katanya beliau terus bergegas ke sini sebaik menerima telefon daripada adiknya yang memaklumka­n mengenai kemalangan itu, sambil menyatakan rasa amat simpati dengan keluarga mangsa lain.

Adiknya yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik kini menjalani latihan praktikal di sebuah hospital pakar KPJ di Johor Bahru, katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, tempat adiknya dirawat.

Mohd Juzaimy, 34, berkata beliau sepatutnya mengambil adiknya di Seremban, kerana ada perjumpaan keluarga.

Katanya adiknya memberitah­u ketika kejadian dia sedang tidur dan hanya tersedar apabila terpelanti­ng ke bahagian depan dan mendapati banyak penumpang turut tersepit di kawasan sama.

Hasil siasatan awal polis mendapati bas dipercayai dipandu laju lalu terjunam ke dalam curam sedalam kira-kira 10 meter sebelum merempuh benteng konkrit terowong di Kampung Jayo.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian 45 minit kemudian bersama 27 anggota dan tiga jentera. Operasi selesai sepenuhnya pada jam 7.10 pagi semalam.

Sebanyak 14 penumpang maut dalam nahas itu terdiri daripada enam lelaki dan lapan perempuan termasuk seorang kanak-kanak.

Sementara 16 penumpang lagi cedera terdiri daripada tujuh lelaki warga tempatan, enam warga Singapura (lima lelaki dan seorang perempuan), dua lelaki warga Myanmar dan seorang perempuan yang belum dikenal pasti identitiny­a. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEBAK: Haripadli menangis selepas mendapat pengesahan tunangnya Nur Amira turut terkorban dalam nahas bas ekspress yang terbabas ke dalam curam sedalam 20 kaki di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Kampung Jayor, Jalan Kangkar Senangah...
— Gambar Bernama SEBAK: Haripadli menangis selepas mendapat pengesahan tunangnya Nur Amira turut terkorban dalam nahas bas ekspress yang terbabas ke dalam curam sedalam 20 kaki di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Kampung Jayor, Jalan Kangkar Senangah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia