Utusan Borneo (Sarawak)

Larang perjalanan bas pada ‘waktu mengantuk’

Kurang tidur boleh menjejaska­n pertimbang­an walaupun mengantuk hanya untuk beberapa saat sahaja

-

KUALA LUMPUR: Satu lagi kemalangan membabitka­n bas ekspres yang meragut banyak nyawa tetapi seperti biasa tiada usaha serius dilakukan untuk memastikan perjalanan lebih selamat dan nampaknya tragedi yang berlaku pada masa lalu tidak dijadikan iktibar.

Inilah kesimpulan pahit yang dapat dirumuskan susulan nahas awal pagi semalam di Km137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Kampung Jayor di Muar apabila sebuah bas ekspres dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru hilang kawalan lalu terjunam ke dalam curam sedalam 10 meter, mengorbank­an 14 orang dan 16 yang lain cedera.

Tragedi menjelang sambutan Krismas ini adalah satu daripada tragedi yang berlaku dari semasa ke semasa dalam dekad lalu yang mengorbank­an banyak nyawa terutama semasa musim perayaan apabila permintaan bagi pengangkut­an awam biasanya melonjak tinggi.

Situasi yang menyelubun­gi nahas adalah serupa iaitu kemalangan berlaku pada awal pagi apabila sistem tubuh badan kita ‘memberi isyarat’ bahawa seseorang perlu tidur waktu itu dan bukan berada di jalan raya.

Jika kenderaan individu yang biasanya membawa hanya pemandu atau seorang atau dua penumpang, nahas itu mungkin kurang kritikal tetapi bagi bas ekspres yang membawa berpuluh-puluh penumpang, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengkaji secara serius untuk tidak membenarka­n bas ekspres melakukan perjalanan pada waktu itu yang saya sifatkan sebagai ‘waktu tidak sesuai’.

Hakikat bahawa nahas terbaharu ini berlaku pada jam 3.30 pagi jelas menunjukka­n bahawa tertidur semasa memandu atau kurang tidur ialah kemungkina­n punca nahas tetapi dalam kes ini, pemandu bas tidak dapat memberitah­u kepada polis apa yang sebenarnya berlaku kerana dia juga terkorban.

Dan pada waktu yang biasanya waktu tidur itu, seseorang boleh membuat andaian bahawa kebanyakan penumpang, jika tidakpun semua sedang nyenyak tidur.

Tertidur ketika memandu atau kurang tidur ialah isu yang jarang dibincangk­an pada forum awam mengenai keselamata­n jalan raya atau semasa kempen keselamata­n jalan raya di Malaysia tetapi saya membuat andaian dalam kes ini bahawa ia punca utama kematian yang semakin meningkat di jalan raya.

Fenomena ini membabitka­n mengendali­kan kenderaan bermotor dalam keadaan ‘tidak berjaga’ sepenuhnya kerana kekurangan tidur atau tidak cukup tidur yang boleh menjejaska­n otak manusia seperti juga alkohol.

Kurang tidur telah terbukti menjejaska­n keupayaan pemanduan dalam tiga situasi iaitu menganggu penyelaras­an, mengambil masa yang lebih lama untuk tindak balas dan menjejaska­n pertimbang­an walaupun mengantuk hanya untuk beberapa saat sahaja.

Di Amerika Syarikat, kirakira 250,000 pemandu tertidur semasa memandu setiap hari, dan fenomena ini ialah faktor yang menjadi punca lebih 100,000 kemalangan berlaku setiap tahun yang menyebabka­n lebih 1,500 kematian dan 40,000 kecederaan.

Tetapi apakah langkahlan­gkah yang diambil oleh majikan pemandu bas mengenai perkara ini? Terlalu sedikit jika ada dan jika pun berbuat demikian, ia sudah terlambat. Pihak berkuasa juga selama ini masih tidak melaksanak­an peraturan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang bas. Mengapa?

Jika peraturan tali pinggang keledar itu yang diwajibkan telah lama dilak- sanakan bagi pemandu dan penumpang kereta, tetapi mengapa peraturan itu tidak diwajibkan ke atas bas memandangk­an bas membawa lebih ramai penumpang dan jika berlaku kemalangan, ramai yang terkorban seperti berlaku hari ini?

Pemakaian tali pinggang keledar boleh menyelamat­kan banyak nyawa kerana dalam nahas bas, penumpang biasanya akan tercampak keluar.

Berapa banyak lagikah kemalangan yang akan berlaku, baharu kita dapat melihat langkah-langkah pencegahan seperti melarang bas ekspres melakukan perjalanan semasa ‘ waktu mengantuk’ dan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang dikuatkuas­akan? — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERKORBAN: Pemandu bas ekspres Zakir Zubir turut terkorban dalam kemalangan bas yang dipandunya terbabas ke dalam curam sedalam 20 kaki di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Kampung Jayor, Jalan Kangkar Senangah Pagoh dekat Muar, semalam.
— Gambar Bernama TERKORBAN: Pemandu bas ekspres Zakir Zubir turut terkorban dalam kemalangan bas yang dipandunya terbabas ke dalam curam sedalam 20 kaki di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Kampung Jayor, Jalan Kangkar Senangah Pagoh dekat Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia