Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha syarikat bas sedia tanggung kos pengurusan mangsa

-

MUAR: Pengusaha syarikat bas ekspres yang terbabit dalam nahas yang mengorbank­an 14 nyawa dan 16 cedera di Km 137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal pagi tadi, bersedia menanggung kos pengurusan mangsa yang maut dan cedera.

Ketua Penyelia Syarikat Bas Goldstar (M) Sdn Bhd Wilayah Selatan, Steven Chong, 52, berkata pihaknya akan men- guruskan semua perbelanja­an penghantar­an semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.

“Pihak kami akan urus dan selesaikan mangsa yang maut terlebih dahulu diikuti mangsa yang cedera termasuk insurans dan urusan penghantar­an pulang jenazah.

“Kami juga sedia berikan apa jua kerjasama bagi membantu waris serta mangsa tragedi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkaranga­n Bilik Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini, semalam.

Chong menjelaska­n bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu sepatutnya berlepas dari Stesen Bas Larkin pada jam 12.30 tengah malam kelmarin, namun terpaksa ditangguhk­an sehingga jam 1.30 pagi berikutan kesesakan lalu lintas. Chong berkata sehingga kini, pihaknya sedang berusaha mengumpul maklumat lengkap semua mangsa terbabit untuk tindakan lanjut.

Mengenai pemandu bas terbabit, beliau berkata pemandu bas, Zakeer Zubir, 32, yang turut maut dalam nahas itu, baharu berkhidmat dengan syarikatny­a lebih sebulan turut maut dalam insiden terbabit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia