Utusan Borneo (Sarawak)

Najib dan Zahid rakam takziah

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas ekspres yang mengorbank­an 14 nyawa di Km137.3, Lebuhraya UtaraSelat­an arah utara berdekatan kawasan rehat dan rawat Pagoh, awal pagi semalam.

“Innalillah.Sedihdenga­nberita tragedi bas di Johor yang ragut 14 nyawa. Takziah kepada keluarga mangsa, sayadoakan­yangcedera kembali sembuh Insya-Allah,” katanya menerusi catatan di Twitternya, semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut merakamkan ucapan takziah menerusi laman Twitternya.

“Salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi bas di Johor. Semoga cepat sembuh kepada mangsa yang cedera,” katanya.

Ahmad Zahid turut menasihati orang ramai agar berhatihat­i memandu dan selamat bercuti bersempena sambutan Krismas hari ini.

Selain 14 maut, sebanyak 16 lagi cedera termasuk enam warganegar­a Singapura dan dua warganegar­a Myanmar dalam kemalangan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia