Utusan Borneo (Sarawak)

Bangun 5 pagi untuk majlis sumbangan bantuan sekolah

IAM dan Etiqa Takaful anjur bantuan ‘Kembali Ke Sekolah’

-

KUANTAN: Oleh kerana terlalu teruja mahu kembali ke sekolah, Tengku Nor Hidayah Tengku Putera, 7, bangun seawal jam 5 pagi untuk ke majlis penyerahan bantuan barangan sekolah semalam.

Kerenah pelajar istimewa itu menyebabka­n dia dan ibunya Wan Norazni Wan Ibrahim, 47, tiba pada jam 8.30 pagi, sejam lebih awal sebelum majlis bermula di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan dekat sini.

“Tidak boleh tunggu lama di rumah... dia bising bertanya kenapa tidak gerak lagi (ke sekolah),” kata Wan Norazni sambil menunjuk ke arah anaknya yang merupakan seorang dari 200 penerima bantuan ‘Kembali Ke Sekolah’ anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Etiqa Takaful Berhad di sini, semalam.

Wan Norazni berkata Tengku Nor Hidayah, anak ke-11 daripada 12 beradik itu yang akan memasuki tahun dua di Sekolah Kebangsaan Balok di sini disahkan mengalami masalah pembesaran termasuk bengkok pada lutut selain menghadapi masalah pembelajar­an.

Katanya, dua lagi anaknya Tengku Mohd Fitri, 19, dan Tengku Zubaidah, 16, juga merupakan anak istimewa, namun tetap bersekolah kerana beliau serta suami Tengku Putera Tengku Muda, 52, mahu mereka membesar seperti kanak-kanak lain.

Beliau menambah Tengku Nor Hidayah sangat suka ke sekolah walaupun masih belum pandai membaca dan sangat suka mewarna selain aktif dalam aktiviti sukan khususnya acara larian.

“Dia tidak melihat kekurangan­nya sebagai penghalang, malah saya juga tidak pernah menemaniny­a di sekolah supaya dia belajar berdikari. Selalunya dia akan bersama-sama rakan dan bercerita kegiatan di sekolah selepas pulang ke rumah,” katanya.

Wan Norazni juga berterima kasih dengan sumbangan berupa dua pasang baju sekolah dan kasut, beg serta tiga pasang stokin yang dapat meringanka­n beban kewangan suaminya yang bekerja sebagai pemasang kanopi.

Seorang lagi penerima, Muhammad Israk Aniq Mohd Zukiman, 10, yang menghidap autisme juga kelihatan teruja dengan beg sekolah baharu untuk memulakan persekolah­an di Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Balok Makmur di sini.

Ibunya Nor Juliana Mohd Noor, 38, berkata beliau lega kerana tidak perlu lagi membeli pakaian sekolah anak sulung daripada empat beradik itu, sebaliknya hanya perlu berbelanja untuk membeli pakaian seragam pengakap.

“Abang (panggilan Muhammad Israk Aniq) tidak mahu ketinggala­n bergaya dengan pakaian seragam badan beruniform seperti kawan-kawannya. Walaupun tidak faham dengan aktiviti pengakap, dia akan seronok apabila turut mengenakan pakaian serupa,” katanya.

Sementara itu, Presiden IAM Zawahir Abdullah berkata 200 pelajar terpilih menerima bantuan itu merupakan kanakkanak kurang berkemampu­an dari empat sekolah sekitar daerah ini.

Beliau berkata secara keseluruha­nnya sebanyak 1,600 pelajar di Pahang, Sabah, Ke-

Dia tidak melihat kekurangan­nya sebagai penghalang, malah saya juga tidak pernah menemaniny­a di sekolah supaya dia belajar berdikari. Selalunya dia akan bersama-sama rakan dan bercerita kegiatan di sekolah selepas pulang ke rumah. Wan Norazni Wan Ibrahim Ibu

lantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Johor menerima sumbangan itu yang diperolehi melalui pengagihan sumbangan zakat Etiqa Takaful Berhad.

“Pengagihan dilakukan dengan membawa lori pakaian seragam sekolah jenama Canggih ke sekolah kerana kita mahu pihak Etiqa melihat sendiri bagaimana wang zakat yang disalurkan kepada IAM dibelanjak­an.

“Di sini, semuanya dilakukan secara telus dan ibu bapa juga boleh menukar saiz pakaian jika tidak sesuai. Cara ini lebih mudah daripada membawa mereka ke pusat beli-belah yang lazimnya akan sesak dengan orang lain yang juga mahu membeli barangan persekolah­an,” katanya.

Pengurus Jualan Etiqa Insurans dan Takaful Wilayah Pantai Timur, Baharudin Abdul Wahab berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada sumbangan zakat secara terus kepada institusi kebajikan di bawah Program Tanggungja­wab Zakat Korporat Etiqa.

Beliau berkata sumbangan itu hanya disalurkan kepada institusi kebajikan yang telah diteliti bagi memastikan matlamat sumbangan dicapai dengan telus dan sampai kepada mereka yang memerlukan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Mustapha melancarka­n jentera BN Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Parlimen Tumpat di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Mustapha melancarka­n jentera BN Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Parlimen Tumpat di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Murid-murid ceria bersama kelengkapa­n persekolah­an yang baru diterima pada Program Jom Kembali ke Sekolah anjuran Islamic AID Malaysia dan Etiqa Insurans dan Takaful di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Murid-murid ceria bersama kelengkapa­n persekolah­an yang baru diterima pada Program Jom Kembali ke Sekolah anjuran Islamic AID Malaysia dan Etiqa Insurans dan Takaful di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia