Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal sambut kepulangan Welbeck, Ramsey

-

L O N - D O N : Arsenal mendapat berita baik apabila dua pemainnya, Aaron Ramsey dan Danny Welbeck kembali menjalani latihan Jumaat lepas.

Ramsey hanya beraksi dua perlawanan pada musim ini selepas kecederaan hamstring pada perlawanan pertama musim ini menentang Liverpool dan mengalami beberapa kekecewaan lain tetapi pemain tengah itu dijangka akan memainkan sedikit peranan pada perlawanan menentang West Bromwich Albion Isnin ini.

Welbeck tidak beraksi sejak bulan Mei selepas mengalami kecederaan serius di bahagian lutut. Kebimbanga­n awal ialah penyerang antarabang­sa England itu mungkin tidak dapat beraksi selama setahun tetapi sudah pulih dari kecederaan dan kembali menjalani latihan bersama pasukan buat kali pertama dalam sembilan bulan.

“Saya tidak tahu sama ada Ramsey akan terlibat atau tidak tetapi beliau menjalani latihan penuh hari ini (Jumaat),” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger sambil menambah: “Berita yang lebih baik ialah Welbeck turut berlatih buat kali pertama – beliau sudah berehat begitu lama.”

Wenger bagaimanap­un tetap berhati- hati dengan kedua- dua pemain untuk tidak mengelak kecederaan berulang.

“Ramsey tidak bermain begitu lama,” kata Wenger. “Beliau sudah bermain dua perlawanan sejak permulaan musim tetapi ia terlalu awal. Beliau mempunyai beberapa kekecewaan dan saya berharap kali ini beliau kekal cergas.

“Anda tahu kekuatan Aaron. Beliau cukup berbisa membantu serangan dan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dalam padang. Beliau memberikan banyak pilihan kepada pasukan apabila beraksi.”

“Saya lebih berhati-hati dengan Ramsey dan juga Welbeck, ini kerana Welbeck memerlukan lebih banyak masa lagi untuk kembali semula beraksi.” — Reuters

 ??  ?? DEL POTRO WELBECK ALLARDYCE RAMSEY
DEL POTRO WELBECK ALLARDYCE RAMSEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia