Utusan Borneo (Sarawak)

Del Potro, Keys tarik diri dari Terbuka Australia

-

WELLINGTON, New Zealand: Masalah kecergasan memaksa Juan Martin del Potro menarik diri dari kejohanan Grand Slam Terbuka Australia bulan hadapan dan juga kejohanan persediaan di sini, menurut penganjur kejohanan Klasik Auckland Sabtu lepas.

“Juan Martin del Potro telah mengesahka­n beliau akan menarik diri dari kejohanan persediaan Terbuka Australia kerana masalah kecergasan,” kata penganjur Klasik Auckland dalam satu kenyataan ketika merujuk kepada kejohanan di sini.

“Del Potro mengesahka­nnya menerusi pasukan pengurusan beliau semalam di mana beliau tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk pulih sepenuhnya dan menarik diri dari kejohanan Klasik Auckland dan Terbuka Australia.”

Keys, yang menamatkan tahun ini pada ranking kelapan dunia, juga tidak akan beraksi di Terbuka Australia kerana menjalani pembedahan kecil di pergelanga­n tangan.

“Saya tidak akan dapat bersedia untuk bermain di Terbuka Australia 2017,” kata Keys menerusi akaun rasmi Twitter, di mana beliau juga mengumumka­n akan dibimbing oleh bekas pemain nombor satu dunia yang juga rakan senegarany­a dari Amerika Syarikat ( AS), Lindsay Davenport.

P e n g u m u - man Del Potro itu dibuat sebulan selepas beliau m e n e w a s k a n Marin Cilic dari Croatia dalam lima set untuk membantu pasukannya, Argentina, memenangi Piala Davis buat kali pertama.

Tahun 2016 adalah tahun kebangkita­n buat Del Potro.

Selepas tidak beraksi hampir sepanjang tahun 2015 kerana kecederaan, beliau memulakan tahun 2016 berada pada ranking ke-1,042 dunia dan menamatkan tahun ini pada ranking ke-38 selepas mencapai kemenangan termasuk ke atas Stanislas Wawrinka, Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Andy Murray.

Pengarah Klasik Auckland, Karl Budge berkata ia mengecewak­an untuk sukan tenis di mana “isu seperti ini terus mengelak beliau berada dalam gelanggang”.

Keys menjalani pembedahan kecil pada pergelanga­n tangan kiri, tiga hari selepas berakhir kejohanan akhir musim, Kejohanan WTA. — AFP

 ??  ?? MOYES
MOYES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia