Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia galas tugas

Allardyce sah pengurus Crystal Palace dan terus menjalani latihan untuk aksi Isnin ini

-

LONDON, England: Kelab Crystal Palace melantik Sam Allardyce sebagai pengurus baharu Jumaat lepas, sekali gus menyaksika­n bekas jurulatih kebangsaan England itu kembali ke tepi padang dalam masa yang singkat.

Allardyce, yang pernah membimbing Bolton dan West Ham selain hanya membimbing England hanya untuk satu perlawanan selepas dipaksa melepaskan jawatan ekoran komen tidak wajar semasa satu penyamaran wartawan.

“Kami dengan rasa gembira dapat membuat pelantikan segera dan bernasib baik seseorang dengan kredibilit­i dan pengalaman Sam dapat diperolehi,” kata pengerusi Palace, Steve Paris, sehari selepas memecat Alan Pardew.

Selepas bersetuju dengan kontrak dua tahun setengah, Allardyce akan membimbing perlawanan sulung beliau apabila Palace bertandang ke Watford Isnin ini.

Beliau menjalanka­n sesi latihan pertama semalam dan mempunyai peluang untuk merombak skuad pada pasaran perpindaha­n pemain yang akan dibuka 1 Januari ini.

“Saya berharap dapat membawa sedikit kegembi- raan, terutama sekali pada tempoh Krismas dan Tahun Baharu, dan untuk jangka masa panjang di antara sekarang dan akhir musim,” kata beliau.

“Kelab kelihatan sangat bercita-cita tinggi, pengerusi dan pemilik mahu membawa kelab jauh ke hadapan.

“Dengan pengalaman yang saya ada, saya fikir kami boleh mendapatka­n beberapa keputusan positif.”

Pardew dipecat Khamis lepas ekoran beberapa keputusan buruk, dengan Palace hanya menang empat kali dari 17 perlawanan liga musim ini dan hanya sekali dari 11 perlawanan terakhir.

Palace berada di tangga ke-17 liga, satu mata di atas zon penyingkir­an dan tiga mata dari pasukan di tangga terbawah liga, Sunderland.

Allardyce mengganggu­r sejak dipecat oleh England selepas hanya 67 hari ekoran komen tidak wajar diberikan kepada seorang wartawan yang membuat penyamaran.

Kami gembira dapat membuat pelantikan segera dan bernasib baik seseorang dengan kredibilit­i dan pengalaman Sam dapat diperolehi. Steve Paris Pengerusi Crystal Palace

Allardyce memberikan nasihat bagaimana untuk menipu peraturan perpindaha­n, mengkritik keputusan FA membina semula Wembley dan memperleke­hkan bekas jurulatih England, Roy Hodgson ketika dirakamkan secara rahsia oleh wartawan dari akhbar The Daily Telegraph yang menyamar sebagai seorang ahli perniagaan Asia Timur.

Walaupun beliau tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan, Allardyce membuktika­n beliau mempunyai kredibilit­i untuk mengekalka­n kelab kecil terus bersaing dengan Liga Perdana. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia