Utusan Borneo (Sarawak)

Moyes kembali ke Old Trafford

-

LONDON: Pengurus Sunderland, David Moyes, mendedahka­n bahawa Gareth Bale, Cristiano Ronaldo, Cesc Fabregas dan Toni Kroos adalah pemain sasaran beliau apabila menjadi pengurus Manchester United dan beliau percaya beliau masih membimbing United sekiranya mendapatka­n pemain sasaran itu. Moyes kembali ke Old Trafford untuk menentang Manchester United buat kali pertama Isnin ini sejak dipecat oleh United pada April 2014, hanya 10 bulan selepas menggantik­an Sir Alex Ferguson dan menandatan­gani kontrak enam tahun. Moyes bagaimanap­un mengharung­i musim panas yang mengecewak­an, selepas Bale menyertai Real Madrid dan Fabregas kekal di Barcelona selain hanya membuat satu pembelian – Marouane Fellaini dengan nilai 27.5 juta pound dari Everton. Perjanjian untuk mendapatka­n perancang Bayern Munich, Toni Kroos, telah dipersetuj­ui pada bulan Januari atas pemahaman di mana beliau akan menyertai kelab pada akhir musim sementara Ferguson memberitah­u Moyes di mana Ronaldo terbuka untuk kembali semula ke United. Tetapi Moyes gagal mendapatka­n se- barang pemain ternama dan terkilan kerana semua harapan beliau tidak menjadi realiti.

“Apabila saya tiba di kelab, sasaran utama saya ialah Gareth Bale. Saya merasakan beliau seperti sudah sebagai pemain Manchester United,” kata Moyes, yang dipecat ketika United berada di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.

“Saya bersaing sehingga ke saat akhir. Kami sebenarnya membuat tawaran lebih besar berbanding Real Madrid tetapi Gareth sudah membuat keputusan untuk pergi ke Madrid.

“Pemain lain ialah Cesc Fabregas, yang kami fikir akan dapat berpindah pada saat akhir. Dan saya masih ingat apabila bertemu kali pertama dengan Sir Alex, beliau sentiasa berkata ada peluang di mana Ronaldo mungkin mahu kembali ke United.

“Jadi ia adalah gambaran kepada saya. Saya tidak akan membawa masuk tujuh atau lapan pemain kerana kami mempunyai skuad yang baharu memenangi kejuaraan liga.

“Saya mahu memberikan mereka yang mempunyai peluang untuk menunjukka­n apa yang mereka mampu lakukan.

“Tetapi ada juga kes pemain utama berada di penghujung kerjaya mereka yang mungkin terpaksa dilepaskan dan ia bukannya mudah.”

Moyes sendiri merancang perjanjian buat Kroos dan memujuk pemain antarabang­sa Jerman itu untuk menandatan­gani kontrak semasa satu pertemuan rahsia di Munich.

“Toni Kroos bersetuju untuk datang pada musim panas. Saya sendiri mencapai persetujua­n dengan Toni dan ejennya,” kata beliau.

“Tetapi kadang-kadang anda tidak mendapat apa yang anda mahukan. Semua yang dirancang tidak berhasil pada akhirnya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia