Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Super China bukan satu ancaman buat EPL

-

LONDON: Liga Perdana Inggeris tidak berasa bimbang dengan kekuatan kewangan kelab-kelab dalam Liga Super China, menurut pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino.

Bintang antarabang­sa Brazil, Oscar, menjadi pemain terkenal terbaharu yang berpindah ke Liga Super China, dengan kelabnya, Chelsea mengesahka­n Jumaat lepas di mana pemain itu akan menyertai kelab Shanghai SIPG untuk yuran perpindaha­n dilaporkan sekitar 60 juta pound.

Pemain ternama lain seperti Jackson Martinez, Ramires, Gervinho dan bekas pemain Spurs sendiri, Paulinho, sudah berpindah ke liga utama di China sejak 18 bulan terakhir, dengan Carlos Tevez dijangka akan menyertai kelab Shanghai Shenhua untuk kontrak yang dilaporkan bernilai 720,000 pound seminggu, sekali gus menjadikan beliau pemain yang menerima gaji tertinggi di dunia.

Walaupun Pochettino menerima hakikat di mana gaji lumayan di China adalah satu tarikan utama, beliau tidak percaya Liga Perdana akan kehilangan tarikan kepada pemain yang lebih bercita-cita tentang pemban- gunan permainann­ya.

“Saya tidak percaya ia satu bahaya bagi kami,” kata beliau sebelum Spurs menentang Southampto­n Isnin ini. “Saya menerima semua keputusan tetapi ia kadangkada­ng sukar memahami keputusan seperti ini.

“Bola sepak bagi saya bukan hanya tentang wang, ia harus lebih kompetetif dan bagi saya, Liga Perdana adalah liga paling penting di dunia.

“Ia bukan hanya tentang wang, bagi saya ialah tentang keghairaha­n. Saya perlu berasa ada saingan. Apabila anda dalam Liga Perdana, anda bersaing dengan mereka yang terbaik dan ia adalah lebih bermakna berbanding wang.” — AFP

 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia