Utusan Borneo (Sarawak)

AC Milan cadang jual kelab kepada China

-

DOHA, Qatar: Cadangan penjualan kelab gergasi bola sepak Itali, AC Milan kepada sebuah konsortium dari China adalah satu ‘ peluang yang hebat’ untuk kelab, menurut kapten pasukan, Riccardo Montolivo Jumaat lepas.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu berkata Milan harus ‘menyesuaik­an diri’ dengan dunia moden, dengan merujuk beberapa kelab besar di Eropah dimiliki oleh warga asing.

“Saya fikir ia adalah peluang yang hebat untuk AC Milan,” kata beliau ketika memberitah­u AFP, beberapa jam sebelum Milan menewaskan Juventus 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti untuk memenangi Piala Super Itali.

“Sudah tentu ia menyedihka­n bagi kami kerana (pemilik semasa, Silvio) Berlusconi bukan hanya seorang presiden bagi kami, beliau seperti seorang ayah, dan seorang ayah untuk semua penyokong Milan.

“Ini adalah masa hadapan dan kami harus menyesuaik­an diri, menerimany­a.”

Awal bulan ini, satu pengumuman dibuat tentang potensi penjualan kelab ke konsortium China, Sino- Europe Sports, dilewatkan sehingga 3 Mac selepas tarikh akhir awal 13 Disember.

Bagaimanap­un, sebarang penjualan kepada pemilikan dari China mungkin memberikan faedah kepada Milan.

Pemain Milan tiba di Stadium Al Sadd, di mana perlawanan berlangsun­g, memakai pakaian direka khas oleh pereka fesyen Itali, Diesel.

Syarikat juga menandatan- gani kontrak tiga tahun untuk menjadi pembekal pakaian “luar padang” Milan.

Pengasas Diesel, Renzo Russo, yang berada di Doha untuk perlawanan itu, berkata perjanjian mempunyai kaitan dengan kemungkina­n pembelian kelab oleh konsortium dari China.

“Ia masuk asal,” kata Russo. Ia sebab penting kenapa kami berada di sini (menaja) hari ini.

“Bagi Diesel untuk mempunyai rakan kongsi dari China adalah hebat.” — AFP

 ??  ?? MONTOLIVO
MONTOLIVO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia