Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Jurulatih Stepanova digantung 10 tahun

-

LAUSANNE, Switzerlan­d: Jurulatih pembocor rahsia, Yuliya Stepanova, digantung 10 tahun kerana kesalahan berkaitan dadah Jumaat lepas, menurut pengumuman Mahkamah Timbang Tara Sukan ( CAS).

Vladimir Mokhnov, jurulatih Stepanova, atlet acara 800 meter, didapati bersalah melanggar peraturan IAAF, badan induk sukan olahraga dunia ‘ berkaitan pemilikan, pengedaran dan pengurusan bahan larangan,’ kata CAS dalam satu kenyataan.

Atlet jarak sederhana, Anastasiya Bazdyreva, 24, juga menerima penggantun­gan dua tahun, sejak dari Ogos 2015, kerana “menggunaka­n atau cuba menggunaka­n... bahan larangan atau satu cara yang dilarang”.

Bazdyreva adalah salah seorang dari lima atlet Ru- sia yang dicadangka­n oleh Agensi Anti Dadah Dunia ( WADA) untuk digantung seumur hidup selepas terlibat dalam dakwaan pengambila­n dadah menerusi satu dokumen yang dikeluarka­n oleh televisyen Jerman, ARD, tahun lepas.

Kes melibatkan Mohknev dan Bazdyreva dirujuk kepada CAS oleh IAAF pada bulan February dengan mahkamah tertinggi sukan itu campur tangan untuk mengambil alih tugas dari persekutua­n olahraga Rusia, ARAF, yang digantung oleh IAAF.

Stepanova, bersama- sama suaminya, Vitaly Stepanov, membongkar rahsia dakwaan program penajaan dadah terbesar Rusia tetapi dikecualik­an dari Sukan Olimpik di Rio dan hidup bersembuny­i di Amerika Syarikat ( AS). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia