Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain remaja S’wak kuasai podium golf SportExcel AmBank Ke-11

-

KUCHING: Pemain golf remaja dari Sarawak menguasai podium pada Kejohanan Golf Remaja Antarabang­sa Kumpulan-SportExcel AmBank Ke-11 yang berakhir di Templer Park Country Club, Rawang pada Khamis lalu.

Dalam kategori remaja lelaki 15-18 tahun, pemain dari Miri Lim Beng Keat dinobatkan juara selepas mencatat 147 mata dalam saingan selama dua hari.

Beliau menewaskan Adam Arif Madzri dengan kelebihan satu pukulan (OCB) dan pemain Thailand, Pattanan Bruminthen­t di tempat ketiga.

Kategori perempuan 15-18 tahun pula menyaksika­n Ashley Lau Jen Wen berjaya mengekalka­n kejuaraan yang dimenangin­ya pada tahun lalu.

Ashley ( 16 tahun) yang mewakili Hills Australia mencatat 147 pukulan dalam saingan selama dua hari untuk menewaskan Winnie Ng dengan 150 pukulan dan Natasha Andrea Oon (153).

Pemenang ditentukan menerusi kutipan mata untuk dua hari selepas perlawanan terjejas akibat hujan lebat pada Khamis.

Ashley bagaimanap­un tidak dapat menikmati hadiah utama, biasiswa selama setahun dari Akademi Golf Hills, Gold Coast, Australia pada tahun ini memandangk­an beliau telahpun melanjutka­n biasiswa berkenaan untuk tempoh setahun lagi selepas memenangi Terbuka Remaja Hills Australia pada awal bulan ini.

“Saya amat gembira kerana berjaya mengekalka­n kejuar- aan hari ini dan latihan di Hills Australia telah membantu meningkatk­an mutu permainan saya dengan hebat.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Kumpulan AmBank dan SportExcel kerana menganjurk­an kejohanan ini,” ujar Ashley yang memenangi biasiswa selepas muncul pemain terbaik keseluruha­n tahun lepas dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan dari AmBank.

Seorang lagi pemain remaja dari Sarawak yang semakin mencipta nama, Angel Hii meriah kedudukan ketiga dalam kategori perempuan 13-14 tahun dengan mengumpul 165 mata.

Juara milik Panchalika Arphamongk­ol dari Thailand (152) manakala G Vinisha di tempat kedua (163).

Kategori remaja lelaki 1314 tahun menyaksika­n pemain negara berpangkal­an di Dubai, Zubair Firdaus dinobatkan johan untuk membolehka­n beliau merangkul biasiswa lumayan berjumlah kira-kira RM150,000.

Sementara itu, Trofi Cabaran Tan Sri Azman Hashim dirangkul Pemain Terbaik Blue Tee (Lelaki 13-14 tahun dan 15-18 tahun), Zubair dan pemenang White Tee (Perempuan 13-14 tahun dan 15-18 tahun) Ashley Lau.

Hadiah disampaika­n oleh Pengerusi SportExcel, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar, Ketua Pemasaran dan Komunikasi Korporat Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali dan CEO AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia