Utusan Borneo (Sarawak)

IJM Land, UiTM juara bola tampar Terbuka Kuching

-

KUCHING: IJM Land dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) masing-masing menjuarai Pertanding­an Bola Tampar Terbuka Kuching Terbuka Lelaki dan Wanita yang diadakan di Stadium Tertutup MBKS, Pending baru-baru ini.

IJM Land membenam UNIMAS 2-0 (25-13, 25-11) pada perlawanan akhir kategori lelaki manakala UiTM turut menjinakka­n wakil UNIMAS 2-0 (25-13, 25-11) dalam aksi wanita.

Tempat ketiga keduadua kategori masing- masing dimenangi PJVC dan PDRM.

Juara, naib juara dan tempat ketiga kategori lelaki masingmasi­ng menggondol hadiah wang tunai RM600, RM400 dan RM300 beserta trofi dan pingat.

Manakala pemenang tiga tempat teratas kategori wanita meraih RM400, RM300 dan RM200 termasuk trofi dan pingat.

Pertanding­an dianjurkan oleh Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching ( KDVA) itu bertujuan mempromosi bola tampar dalam stadium tertutup selain menaikkan mutu sukan itu di Kuching.

Selain itu, ia juga bertujuan memilih pemain untuk mewakili Kuching pada kejohanan peringkat negeri dan mengeratka­n hubungan antara semua pemain.

 ??  ?? GEMBIRA: Juara kategori terbuka lelaki dan wanita meraikan kejayaan bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah.
GEMBIRA: Juara kategori terbuka lelaki dan wanita meraikan kejayaan bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia