Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai pertanding­an ‘Old Court House Skate Jam 2016’

-

KUCHING: School of Skateboard­ing dan Homer Skateshop akan menganjurk­an Pertanding­an Papan Selaju ‘Old Court House Skate Jam 2016’ pada 31 Disember ini bertempat di pekarangan mahkamah lama.

Penganjur, Zulkarnien Poasa berkata tiga kategori akan dipertandi­ngkan iaitu ‘ Best Trick Stairs’, ‘ Best Trick Rail’ dan ‘Best Trick Fire Hydrant On Launcher’.

Pertanding­an akan bermula pada jam 11 pagi dengan yuran penyertaan berjumlah RM5 bagi setiap peserta.

Bagi merancakka­n lagi aktiviti hari tersebut, penganjur turut menganjurk­an malam anugerah yang diadakan selepas pertanding­an berakhir.

Menurut Zulkarnien, malam anugerah itu diadakan bagi mengiktira­f penggiat sukan papan selaju di negeri ini khususnya di Kuching.

Tiga anugerah akan diberikan kepada pemenang Video Terbaik Skateboard 2016 (untuk Kuching, Sarawak), ‘Rookie Of The Year’ (peluncur baru berbakat 2016) dan ‘Skater Of The Year’ (peluncur berbakat besar 2016).

Majlis tersebut akan diadakan di kantin dewan Old Court House.

“Panel pemilihan anugerah ini dibuat oleh bekas-bekas peluncur di seluruh Kuching, Sarawak amnya.

“Sukan papan selaju telahpun diiktiraf oleh Majlis Sukan Olimpik pada tahun ini dan juga Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.

“Sukan ini bukanlah sesuatu yang baharu namun tidak seperti sukan alternatif lain yang hanya bersifat sementara. Hakikatnya sukan papan selaju masih diminati anak muda masa kini dan tak lapuk ditelan zaman.

“Aktiviti sukan ekstrem ini mampu menarik minat belia amnya dan merupakan aktiviti yang sihat serta mampu menghindar­kan mereka dari terlibat dalam gejala yang tidak berfaedah,” ujar Zulkarnien.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada syarikat dan individu perseorang­an yang telah membantu menaja untuk menjayakan pertanding­an tersebut.

Menjelas mengenai School of Skateboard­ing, beliau berkata kelab yang berdaftar di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan itu ditubuhkan sebagai platfrom untuk melatih belia yang berminat untuk menda- lami kemahiran dalam sukan tersebut.

Menurutnya, belia yang berminat akan dilatih oleh bekasbekas peluncur yang berwibawa dan diiktiraf oleh Kementeria­n Belia dan Sukan.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertanding­an atau menyertai kelab berkenaan boleh menghubung­i Zulkarnien di talian 0128571259, Danny Zulfikar (0111-2285607) atau dengan melayari laman Facebook ‘ School Of Skateboard­ing Kch’.

 ??  ?? TARIK MINAT BELIA: Zulkarnien (tengah) bersama dua pelatih School of Skateboard­ing.
TARIK MINAT BELIA: Zulkarnien (tengah) bersama dua pelatih School of Skateboard­ing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia