Utusan Borneo (Sarawak)

penyembuha­n cara Cina purba

- Oleh Agnes Tugong

QIGONG atau Chi Kung merupakan salah satu senaman tradisiona­l bagi masyarakat Cina yang telah diamalkan sejak lima ribu tahun lalu di China.

Senaman Qigong adalah berkaitan dengan teknik pernafasan yang betul dan pergerakan fizikal yang teratur yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental.

Masyarakat Cina percaya amalan Qigong boleh mengubat berbagai penyakit antaranya darah tinggi, migrain, lumpuh dan banyak lagi malah kanser.

Kini, ia semakin popular bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Cina di China malah turut diamalkan oleh masyarakat lain di seluruh dunia.

Kegunaan

Pengamal Qigong, Dato Osman Abdillah percaya amalan Qigong yang betul mampu menyembuh pelbagai penyakit dalam tubuh badan manusia.

Atas kepercayaa­n ini jugalah beliau nekad untuk mendalami perubatan Qigong di Taiwan pada tahun 2013 selama tiga tahun.

Pada tahun 2015, Osman menyambung pengajian bagi mendalami Qigong di Jakarta, Indonesia sebelum membuka kelas Chikung di Kuching tujuh bulan lepas.

“Meskipun perubatan Qigong telah wujud sejak lima ribu tahun dahulu di China, tetapi ia belum popular di Malaysia apatah lagi di Sarawak ini.

“Sebab itu saya membuka kelas Chikung di sini untuk menyebarka­n kaedah perubatan ini bagi membantu masyarakat kita yang menghadapi pelbagai penyakit.

“Qigong banyak menggunaka­n pernafasan untuk rawatan organ dalaman yang tidak berfungsi dengan cara mengambil oksigen dan menghantar ke dalam badan.

“Bagaimana untuk mem- bawa oksigen ke dalam organ badan, ada teknik yang digunakan iaitu menggunaka­n teknik-teknik Qigong (pernafasan),” katanya.

Osman yang juga pengasas dan sifu Kelab Chikung Kuching menambah, selain pernafasan, Qigong juga mempunyai teknik-teknik lain seperti Zai Mai dan Ji Jian.

Zai Mai katanya menggunaka­n rotan yang dipukul di badan untuk melancarka­n peredaran darah di seluruh badan.

“Zai Mai bagus untuk mereka yang lepas kena stroke (serangan angin ahmar) dengan memukul rotan di tapak kaki dan tangan untuk melancarka­n peredaran darah.

“Malah masyarakat Cina percaya Zai Mai bagus untuk menegangka­n yang mana tidak diketahui oleh kita,” katanya ketika ditemui pada program amal perubatan Qigong baru-baru ini.

Program tersebut merupakan program amal pertama Kelab Chikung Kuching untuk masyarakat di sekitar bandar raya ini menyembuh penyakit mereka menggunaka­n cara Cina purba ini.

Selain teknik pernafasan Zai Mai, terdapat satu lagi teknik yang digunakan dalam Qigong iaitu Ji Jiang, pukulan kepada 20 tendon dalam badan.

“Dalam kehidupan kita manusia, penuaan bermula pada umur 35 tahun dan ketika itu saraf-saraf dalam badan mulai mati dan tidak dapat membekalka­n oksigen yang mencukupi dalam tubuh badan kita.

“Sebab itu sesiapa sahaja digalakkan untuk mendalami Qigong terutama mereka yang mempunyai penyakit dalamam termasuk kanser,” ujarnya.

Testimoni

Dr Mohammad Zaidi merupakan seorang pakar jantung namun sebagai manusia biasa beliau juga tidak terlepas daripada mengalami masalah kesihatan berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat.

Meskipun kelihatan sihat di luar, tetapi menurut Zaidi beliau sendiri mempunyai banyak masalah dalaman serta keretakan tulang dalam badan yang memerlukan banyak pembedahan kecil.

Namun tidak mahu lagi mengambil risiko pembedahan yang tinggi, Zaidi mula mencari alternatif lain dan memilih Qigong.

“Saya sudah lama mengetahui mengenai Qiqong tetapi di Malaysia ini sukar untuk mendapatka­n rawatan ini apatah lagi di Sarawak.

“Apabila saya terbaca mengenai perubatan Qigong oleh Kelab Chikung bersama Dato Osman maka saya pun menyertai untuk mendalami amalan ini.

“Dalam tempoh sebulan selepas saya mempratikk­an Qigong saya dapat rasakan masalah tulang belakang saya semakin baik dan saya lebih bertenaga tidak seperti sebelumnya, saya cepat letih.

“Yang lebih baiknya, dalam Qigong ia tidak memerlukan pengambila­n ubat-ubatan atau bahan suntikan yang mengandung­i bahan kimia dan sebagainya,” ujarnya yang kini merupakan pengamal dan pelatih Qigong.

Kelab Chikung Kuching boleh dikunjungi di premisnya yang terletak berdekatan dengan Bangunan Marzuki dekat Satok di sini.

Mereka yang ingin mempelajar­i perubatan Qigong boleh menyertai kelas yang dibuka pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula jam 8 malam hingga 10 malam.

Manakala untuk mendapatka­n rawatan termasuk masalah batin sila hubungi Osman (010-9814303) untuk temu janji.

 ??  ?? BERKESAN: Osman menunjukka­n rotan yang digunakan dalam teknik Zai Mai iaitu pukulan pada badan untuk melancarka­n peredaran darah.
BERKESAN: Osman menunjukka­n rotan yang digunakan dalam teknik Zai Mai iaitu pukulan pada badan untuk melancarka­n peredaran darah.
 ??  ?? TEKNIK BETUL: Pengamal dan pelatih Qigong sedang membantu pesakit melakukan teknik pernafasan yang betul bagi membawa oksigen ke dalam badan.
TEKNIK BETUL: Pengamal dan pelatih Qigong sedang membantu pesakit melakukan teknik pernafasan yang betul bagi membawa oksigen ke dalam badan.
 ??  ?? CARA PURBA: Osman mengajar teknik Qigong kepada pesakit yang mencuba kaedah rawatan cara Cina purba ini.
CARA PURBA: Osman mengajar teknik Qigong kepada pesakit yang mencuba kaedah rawatan cara Cina purba ini.
 ??  ?? RINGKAS: Rotan atau Zai Mai yang digunakan dalam teknik perubatan Qigong.
RINGKAS: Rotan atau Zai Mai yang digunakan dalam teknik perubatan Qigong.
 ??  ?? JI JIAN: Pukulan pada 20 tendon dengan tapak tangan
JI JIAN: Pukulan pada 20 tendon dengan tapak tangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia