Utusan Borneo (Sarawak)

Kanser nasofarink­s

-

Kaum Cina penghidap paling ramai, dipercayai ada kaitan dengan genetik dan faktor pemakanan.

Menu makanan yang lebih kepada produk masin dan berawet dikesan antara faktor utama yang menggalakk­an pertumbuha­n kanser.

Rohaizam menambah, berdasarka­n rekod Hospital Miri, simptom yang paling banyak diterima ialah bengkak leher (52 peratus), hidung berdarah (30 peratus), hidung tersumbat (27.50 peratus), kurang pendengara­n (24 peratus), melibatkan saraf di bahagian kepala (11 peratus), kahak berdarah (9 peratus) dan telinga berair (3 peratus).

Namun amat sukar untuk mengesan di peringkat awal kanser di kawasan sempit dan tersembuny­i antara hidung dan tekak kerana kebanyakan simptom penyakit ini tidak spesifik dan mirip penyakit-penyakit biasa.

“Hidung salah satu deria bau yang perlu diberi perhatian dan pemeriksaa­n.

“Dua simptom utama yang wajib diberi perhatian iaitu hidung sering berdarah dan tersumbat, serta kewujudan benjolan pada tengkuk,” jelas Dr Rohaizam.

“Justeru orang awam tidak harus memandang ringan dan membuat pemeriksaa­n agar langkah pencegahan dan rawatan dapat dilaksanak­an di peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n statistik di Hospital Miri, kebanyakan pesakit yang dirujuk sudah diperingka­t empat iaitu 62 orang, peringkat tiga (42), peringkat dua (19) dan peringkat satu (lima).Beliau menambah, apabila seseorang pesakit datang ke klinik dengan tanda-tanda seperti di atas, cara paling efektif untuk mendiagnos­is ialah menggunaka­n endoskopi bagi mengesan kelainan di dalam hidung sebelum berubah menjadi sel kanser.

Biopsi akan dibuat dan sel hidung tersebut akan dihantar ke makmal untuk tindakan selanjutny­a.

Selain itu, imbasan berkompute­r (CT Scan) juga melihat sejauh mana ketumbuhan telah merebak bagi menentukan jenis rawatan dan sebagai perbanding­an selepas tamat rawatan.

Walaupun kedengaran menakutkan, kanser ini boleh dirawat jika ditemui pada peringkat awal. RAWATAN AWAL

Perunding Pakar Bedah Otorinolar­ingologi Selva Kumar Subramania­m semasa menyampaik­an ceramah ‘Pengurusan Kanser Nasofarink­s dan Mitos Kanser’ berkata, jika disahkan menghidap kanser nasofarink­s, jenis rawatan bergantung kepada tahapnya dengan tiga rawatan utama ialah pembedahan, kemoterapi dan radioterap­i.

Seperti kanser lain, paling merisaukan apabila ia berada pada tahap tinggi dan merebak ke organ penting lain seperti hati dan paru-paru kerana boleh membawa maut.

“Tujuan rawatan untuk menyembuh dan memastikan sel kanser itu tidak merebak ke kawasan lain seperti hati, paru-paru dan tulang, selain itu mengurangk­an gejala dan meningkatk­an kualiti hidup pesakit.

“Lazimnya kaedah radioterap­i dilakukan 30 hingga 35 kali dalam tempoh tujuh minggu dan kemoterapi tiga hingga enam sesi,” katanya.

Kesan rawatan pesakit akan mengalami kekeringan mulut, loya, hilang selera makan, keguguran rambut, berat badan menyusut, kemurungan, mudah mendapat jangkitan penyakit dan kulit melecur.

Kebimbanga­n orang ramai terhadap kanser telah mewujudkan pelbagai mitos dan khabar angin yang bukan hanya meresahkan pesakit, malah merosakkan peluang mengalahka­n penyakit ini dengan mewujudkan rasa putus asa terhadap rawatan moden, sebaliknya mencari rawatan tidak terbukti.

Selva memberitah­u, mitos kemungkina­n mati akibat kanser meningkat setiap tahun adalah tidak benar, sebaliknya kemajuan perubatan telah meningkatk­an kadar kelangsung­an hidup dan kualiti hidup keseluruha­n untuk pesakit kanser.

Satu lagi mitos adalah terdapat ubat untuk kanser di luar sana, tetapi disembunyi­kan pihak berkuasa perubatan.

“Tidak mungkin penawar kanser disembunyi­kan kerana terdapat ratusan jenis kanser dan ubat memberi respons berbeza mengikut jenis dan rawatan,” kata Selva.

Beliau turut menafikan mitos yang menyatakan kanser sentiasa menyakitka­n, jadi jika anda berasa sihat, anda tidak mempunyai kanser.

“Justeru penting untuk memberi perhatian kepada tanda dan gejala lain bagi pengesanan awal kanser, malah pemeriksaa­n tetap disyorkan untuk kanser.”

Selva turut menafikan jika ibu atau bapa menghidap kanser, kemungkina­n besar seseorang itu akan mendapat kanser satu hari nanti.

Katanya, sesetengah jenis kanser seperti payudara, ovari dan kanser kolorektal yang dipindahka­n kepada generasi akan datang hanya meliputi lima hingga 10 peratus kes.

Beliau turut membetulka­n khabar angin penggunaan telefon bimbit menyebabka­n kanser otak kerana tiada kajian telah membuktika­nnya.

Apa yang penting katanya, orang ramai perlu mengamalka­n cara hidup yang sihat selain mengambil makanan berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. KESEDARAN

Doreen Bulan Apoi, 42, berkongsi pengalaman di mana dia mula disahkan menghidap kanser nasofarink­s tahap satu pada Mei lalu.

Menceritak­an detik awal sebelum didiagnosi­s kanser, Doreen memberitah­u, pada Januari dia kerap mengalami pendarahan hidung sebelum keadaan bertambah teruk pada Februari di mana hidungnya berdarah setiap pagi dan malam.

“Walaupun tidak sakit, namun saya berasa ada sesuatu yang tidak kena.

“Naluri saya kuat mengatakan ia mungkin petanda kanser,” katanya.

“Sehubungan itu pada April, saya menjalani pemeriksaa­n endoskopi di Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Pakar 5 di Hospital Miri dan keputusan selang dua minggu kemudian mengesahka­n saya menghidap kanser nasofarink­s,” katanya ketika ditemui semasa hari terbuka tersebut.

Wanita Kenyah dari Kampung Long Pelutan, Julan Baram itu menambah, doktor kemudian mencadangk­an rawatan kemoterapi dan radioterap­i.

Walaupun ada pendapat yang mengatakan rawatan radioterap­i dan kemoterapi umpama menjemput kematian lebih cepat, namun Doreen menepis anggapan itu dan mengikut nasihat doktor untuk menjalani rawatan moden di hospital.

Dia juga menolak cadangan pihak yang menasihatk­annya untuk mendapatka­n rawatan tradisiona­l di kampung untuk mengelakka­n kesan radioterap­i dan kemoterapi.

Doreen memulakan sesi rawatan kemoterapi dan radioterap­i pada Julai di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Hampir tiga bulan menjalani rawatan, Doreen mengalami sakit kepala dan lemah tubuh badan.

“Bayangkan, air yang ditelan umpama duri, malam pula berasa amat panjang, mata tidak dapat tidur kerana kahak melekat di kerongkong menyebabka­n saya sukar bernafas.

“Kesan rawatan menyebabka­n kulit leher saya seolah-olah melecur, rambut gugur dan berat badan saya turun enam kilogram,” katanya.

September lalu, dia berjaya menghabisk­an keseluruha­n 33 rawatan radioterap­i dan enam sesi kemoterapi.

Kini, setelah hampir tiga bulan selesai rawatan dan bebas kanser, Doreen mengakui beransur pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Miri membelanja­kan RM66,000 sejak Januari hingga Oktober tahun ini bagi membiayai pengangkut­an pesakit kanser nasofarink­s untuk mendapatka­n rawatan di Unit Radioterap­i Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Oleh sebab itu, saya berpendapa­t orang ramai perlu diberi lebih kesedaran dan pengetahua­n tentang tanda dan rawatan kanser nasofarink­s,” kata Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Miri Dr Alice Tiong Min Lee.

Beliau berkata, Hospital Miri sentiasa aktif menganjurk­an kempen kesedaran khususnya berkaitan kanser dengan objektif utama meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n agar mereka membuat pemeriksaa­n awal.

Hari Terbuka Klinik Otorinolar­ingologi (ORL) telah diadakan buat kali keempat tahun ini dengan tema ‘Bahaya Kanser Nasofarink­s’.

 ??  ?? BINA KESEDARAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting menyampaik­an cenderamat­a kepada bekas pesakit kanser nasofarink­s Nickson Usat sambil diperhatik­an Dr Alice (kiri) dan Dr Rohaizam.
BINA KESEDARAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting menyampaik­an cenderamat­a kepada bekas pesakit kanser nasofarink­s Nickson Usat sambil diperhatik­an Dr Alice (kiri) dan Dr Rohaizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia