Utusan Borneo (Sarawak)

Lakonan Tasha Shilla & Fezrul Khan di TV9

-

PENULISAN di dalam diari bukan lagi satu perbuatan yang diamalkan oleh orang zaman sekarang dek kemajuan teknologi yang sudah mengambil alih. Namun, tidak lapuk bagi seorang doktor pakar puan yang bernama Doktor Aqilah. Baginya, diari yang ditulis itu adalah perjalanan hidupnya bersama orang-orang di sekeliling­nya.

Segala yang tersurat itu ditulis dari hatinya selepas bergelar isteri kepada seorang lelaki yang penyayang dan baik hati bernama Hakim. Walaupun Hakim seorang yang romantik, tetapi dia tidak boleh memenuhi segala permintaan dan meluangkan masa sepenuhnya dengan Aqilah kerana Aqilah berkongsi kasih dengan Nurul Iman.

Saksikan drama ‘Diari Cinta Kita’ terbitan Sekutu Saujana Production Sdn Bhd, arahan Nazir Jamaluddin yang membariska­n pelakon- pelakon hebat seperti Tasha Shilla (Nurul Iman), Fezrul Khan (Hakim) dan Ayu Raudhah (Aqilah).

‘Diari Cinta Kita’ yang mempunyai 20 episod ini bersiaran menerusi slot Azalea setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam sejak 16 November yang lepas.

Doktor Aqilah pada mulanya ingin menyembuny­ikan perkahwina­nnya dengan suaminya kerana tidak mahu melukakan hati isteri pertama Hakim, Nurul Iman.

Tambahan lagi, Aqilah tidak sanggup memberitah­u kebenaran kepada Nurul Iman yang juga merupakan kawan baiknya.

Nurul Iman dan Hakim sudah tujuh tahun berkahwin namun mereka belum dikurniaka­n anak. Pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk mendapatka­n anak tetapi hasilnya tetap tiada.

Walaupun tidak mempunyai cahaya mata, hidup mereka berdua seperti pengantin baharu dan tetap romantik setiap hari.

Setelah Nurul Iman disahkan mengidap kanser usus tahap satu, dia mula murung. Hakim telah mengambil cuti demi menjaga isterinya buat sementara waktu.

Walaupun tertekan, Hakim berjanji bahawa dia tidak akan sekali-kali tinggalkan Nurul Iman walau apa pun yang bakal berlaku pada masa hadapan. Hidup matinya hanya untuk Nurul Iman.

Nurul Iman terharu dengan kasih sayang dan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KASIH SUAMI: Tasha Shilla dan Fezrul Khan dalam ‘Diari Cinta Kita’.
KASIH SUAMI: Tasha Shilla dan Fezrul Khan dalam ‘Diari Cinta Kita’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia