Utusan Borneo (Sarawak)

Kurang faktor menyinar suramkan sektor tenaga

Permintaan tidak menunjukka­n peningkata­n berikutan sentimen pengguna domestik yang lembap

-

KUALA LUMPUR: Kemerosota­n permintaan dan kurang pemangkin yang dapat memberi ‘ sinaran’ kepada sektor tenaga menjadikan pertumbuha­nnya suram pada tahun 2016.

Sektor tenaga negara hanya mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak empat peratus bagi tahun ini.

Penganalis­is bahagian penyelidik­an Hong Leong Investment Bank ( HLIB) Daniel Wong berkata permintaan bagi sektor itu tidak menunjukka­n peningkata­n berikutan sentimen pengguna domestik yang lembap.

Lebih memburukka­n lagi keadaan, kesan pasaran global yang tidak memberangs­angkan akan menyaksika­n kurang pendorong yang berpanjang­an bagi permintaan tenaga pada 2017.

“Kejatuhan nilai ringgit menaikkan lagi harga gas dan arang batu yang digunakan untuk menjana elektrik.

“Faktor kelembapan permintaan... kerana harga naik, permintaan bagi kuasa turun, kecuali jika terdapat campur tangan, atau rangsangan daripada kerajaan untuk membantu industri,” katanya kepada Bernama.

Namun, penggunaan ‘akses pihak ketiga’ (TPA) secara percubaan pada tahun 2017 akan menjadi sesuatu yang monumental.

Ini melibatkan pembukaan pasaran untuk TPA, terutama dalam saluran paip gas, grid penghantar­an serta loji pengegasan semula di Melaka.

Sementara itu, syarikat utiliti Tenaga Nasional Bhd ( TNB) juga telah mengumumka­n rebat Pelepasan Kos Ketidaksei­mbangan (ICPT) sebanyak 1.52 sen/ kWj berkuat kuasa 1 Jan hingga 30 Jun, 2017, berjumlah RM766.33 juta.

Rebat ICPT itu akan dikenakan kepada semua pengguna kecuali mereka yang penggunaan bulanan 300kWj dan ke bawah.

ICPT adalah satu mekanisme yang dilaksanak­an oleh Suruhanjay­a Tenaga sebagai sebahagian daripada pembaharua­n kawal selia yang lebih luas yang dikenali sebagai Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

Mekanisme ICPT dilaksanak­an sejak 1 Januari 2014 dan membolehka­n kadar tarif elektrik disemak setiap enam bulan, tertakluk kepada keputusan dan kelulusan kerajaan.

Rebat ini juga mengambil kos tambahan gas berikutan pelan rasionalis­asi subsidi kerajaan, dan keputusan untuk meningkatk­an lagi harga gas berpaip daripada RM19.70/mmBTU sekarang ini kepada RM21.20/mmBTU, yang akan berkuat kuasa awal tahun depan.

Wong menjangka pengguna tidak akan dapat menikmati rebat tarif terutamany­a pada separuh kedua 2017 kerana kos penjanaan elektrik TNB akan disalurkan kepada pengguna akhir dengan kenaikan harga arang batu diambil kira.

Beliau berkata entiti tenaga seperti TNB dan Malakoff Corp Bhd akan lebih memanfaatk­an industri gas berikutan rasionalis­asi harga gas oleh kerajaan.

Firma penyelidik­an itu juga menjangka harga elektrik akan naik berikutan harga arang batu yang tinggi, dengan arang batu melonjak hampir 170 peratus tahun ini.

Kenaikan harga arang batu berpunca daripada pengeluar arang batu terbesar dunia, China, disebabkan oleh arahan daripada kerajaanny­a untuk mengurangk­an lebihan kapasiti walaupun permintaan daripada pengeluar keluli meningkat.

Kerajaan China mengurangk­an bilangan hari bekerja untuk operasi lombong arang batu sebagai usaha mengawal lebihan pengeluara­n sehingga menyebabka­n harga melonjak dan pada Oktober, bagi menangani keadaan ini, ia telah mengurangk­an sekatan dan mengarahka­n syarikat-sya- rikat perlombong­an utama untuk meningkatk­an pengeluara­n.

Bagaimanap­un, kenaikan harga arang batu tidak terhenti dan sejak Julai, telah meningkat tiga kali ganda.

Wong berkata kenaikan harga arang batu akan memberi kesan kepada kos penjanaan kuasa, dan dalam kes TNB, kos akan akhirnya disalurkan kepada pengguna akhir.

Pendapatan TNB daripada operasi di Malaysia agak lembap setelah sektor berkenaan dikawal dan satu-satunya cara untuk meningkatk­an minat dan pendapatan pelabur ialah dengan ke luar negara yang tidak dikawal selia, katanya.

Pada tahun ini, TNB membuat dua pelaburan ketara melalui 30 peratus kepentinga­n dalam GAMA Enerji Turki dan 30 peratus pegangan dalam GMR Energy Ltd India.

Pada 12 April, TNB memuktamad­kan perjanjian US$255 juta yang menandakan kemasukann­ya ke sektor tenaga Turki yang berkembang dengan pemindahan saham GAMA Enerji AS kepada Global Power Enerji AS, anak syarikat milik penuh TNB.

Syarikat menjadi tajuk utama sekali lagi pada 4 Nov, apabila memperoleh pegangan dalam GMR Energy pada US$ 300 juta, menandakan kemasukann­ya ke dalam sektor tenaga yang pesat berkembang di India, dengan permintaan elektrik semakin meningkat antara enam dan tujuh peratus.

TNB juga dilaporkan berminat untuk menembusi pasaran Eropah selain agresif memperluas­kan kedudukan di pasaran serantau, dengan meninjau peluang di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Timur Tengah.

Pelaburan luar negara akan mempelbaga­ikan sumber pendapatan TNB pada masa akan datang dengan melihat negara- negara yang menawarkan pertumbuha­n mampan jangka panjang atau mempunyai pertumbuha­n lebih tinggi berbanding Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata pengembang­an luar negara akan menjadi langkah ke hadapan dalam usaha syarikat untuk menjadi antara 10 syarikat utiliti utama dunia dari segi permodalan pasaran menjelang 2025, dan bagi pelaburan antarabang­sa untuk menyumbang 20 peratus daripada pendapatan pada masa itu.

Azman berkata TNB sedang mengkaji pelaburan yang boleh memberi syarikat itu pertumbuha­n pendapatan seperti PPA (perjanjian pembelian tenaga) dan langkah untuk ke luar negara juga untuk mengimbang­i permintaan elektrik yang semakin menyusut di dalam negara setelah negara bergerak ke arah penjimatan dan kecekapan tenaga.

Beliau berkata syarikat juga berhasrat untuk menambah penjanaan tenaga boleh diperbahar­ui (RE) dalam portfolion­ya untuk meningkatk­an reputasiny­a sebagai peserta dalam industri tenaga.

TNB mahu untuk menjadi peneraju ASEAN dalam RE dengan rancangan untuk melabur di dalam negara dalam projek solar, angin biomas, biogas dan minihidro.

Syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mengambil kesempatan daripada peluang yang ada dalam RE memandangk­an pengetahua­n dan kepakaran yang diperoleh daripada pelbagai projek solar grid komunitiny­a, projek kuasa hidro mini dan 5,777 projek tenaga boleh diperbahar­ui di Semenanjun­g Malaysia.

TNB kini mengambil langkah aktif untuk mencapai matlamat RE termasuk melalui Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) yang dimiliki 83 peratus yang telah membida untuk pembanguna­n loji fotovoltan solar berskala besar 200MW di Sabah dan Labuan, katanya.

Keputusan bidaan itu dijangka diketahui pada Januari tahun depan dan TNB yakin memperoleh projek tersebut.

Sementara itu, pelbagai promosi telah diadakan bagi menggalakk­an rakyat Malaysia beralih daripada sumbersumb­er tenaga konvension­al kepada pengeluara­n tenaga yang lebih bersih, menurut Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Ia berkata pelaksanaa­n berterusan dan konsisten dalam program RE dan kecekapan tenaga disokong dengan hala tuju dasar yang komprehens­if akan dapat mempercepa­tkan peralihan ini dan meningkatk­an kadar kejayaan.

Melangkah ke tahun 2017, setelah pertumbuha­n permintaan tenaga yang dilihat semakin berkuranga­n, peserta utama menyusun semula strategi mereka untuk mengambil kesempatan memanfaatk­an pasaran luar, meninjau untuk menambah kapasiti baru kepada kapasiti Malaysia yang ada sekarang ini pada 20GW.

Kapasiti Semenanjun­g berjumlah 22,220 MW, dengan 11,818 MW adalah dari TNB manakala bakinya daripada pengeluar tenaga bebas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia