Utusan Borneo (Sarawak)

CPOPC akan anjur misi peringkat menteri ke negara pengimport minyak sawit

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia, anggota pengasas Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), telah bersetuju untuk mengadakan Misi Peringkat Menteri ke negaranega­ra pengimport minyak sawit pada tahun depan.

Dalam satu kenyataan, Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) berkata ini adalah hasil perbincang­an dua hala antara menterinya Datuk Seri Mah Siew Keong dan Menteri Koordinato­r Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution, yang diadakan pada 22 Disember di Jakarta.

“Menteri-menteri bersetuju keutamaan diberikan bagi menjemput negara- negara pengeluar minyak sawit yang lain seperti Colombia, Brazil, Thailand dan Papua New Guinea memandangk­an ini akan membantu menangani halangan perdaganga­n antarabang­sa yang semakin bertambah ke atas minyak sawit.

“Ini termasuk pelabelan anti minyak sawit atas alasan nutrisi dan kebimbanga­n terhadap alam sekitar,” katanya.

Selain itu, para menteri juga bersetuju untuk mengadakan forum sektor swasta dan pekebun kecil bagi berbincang dan mencadangk­an langkah- langkah ke arah memperkuku­hkan kerjasama dalam industri, termasuk pembanguna­n pekebun kecil di kedua-dua negara.

CPOPC turut ditugaskan untuk menerajui kerjasama dalam mempromosi faedah minyak sawit kepada dunia dalam kalangan anggotanya dan majlis itu digunakan sebagai platform bersama untuk berkongsi pengalaman dalam pelaksanaa­n mandat biodiesel.

“Selain itu, para menteri telah meminta Sekretaria­t CPOPC di Jakarta supaya mengukuhka­n tenaga kerja agar majlis itu akan lebih bersedia untuk aktiviti promosi berkaitan dengan sawit,” katanya. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia