Utusan Borneo (Sarawak)

Saujana Book Store ada promosi istimewa pada 27 dan 28 Disember

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Saujana Book Store akan menganjurk­an promosi istimewa dengan harga diskaun pada 27 dan 28 Disember (Selasa dan Rabu) nanti.

Pengurus Saujana Book Store, Paul Wong berkata, promosi ini diadakan sempena dengan sesi persekolah­an yang bakal bermula untuk tahun 2017.

“Pada dua hari tersebut (27 dan 28 Disember), Saujana Book Store akan menawarkan harga diskaun untuk buku dan alat tulis pada kadar 10 peratus hingga 60 peratus.

“Selain itu juga, kepada pelanggan yang berkunjung ke premis kita pada tarikh tersebut, bakal menikmati tawaran harga istemewa untuk mendaftar sebagai ahli bagi mendapatka­n kad keahlian.

“Jika pada hari biasa, mereka yang mendaftar untuk menjadi ahli akan dikenakan yuran pendaftara­n sebanyak RM10.60, tetapi pada dua hari tersebut kita akan tawarkan yuran pendaftara­n istemewa iaitu hanya berjumlah RM5.30 sahaja,” katanya kepada media, semalam.

Saujana Book Store ini terletak di No 3D&3E, Ground Floor, Jalan Barrack, Sarikei dan telah mulai beroperasi pada Jun 2016.

Premis ini dibuka setiap hari bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Sabtu, dan 8.30 pagi hingga 2.30 petang pada Ahad.

Menurut Paul, di Saujana Book Store para pelanggan boleh mendapatka­n edisi terkini setiap buku dan juga bantuan mengajar tambahan dari setiap peringkat pendidikan di negara ini.

“Di premis kita, terdapat buku teks dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Ma- laysia (STPM) disediakan,” ujarnya.

Sehubungan dengan aktiviti ini, Paul menyeru orang ramai dan juga masyarakat setempat agar datang beramai- ramai pada hari tersebut untuk sama-sama menikmati setiap promosi yang ditawarkan oleh Saujana Book Store.

Saujana Book Store ini pernah mendapat Anugerah Kedai Harga Patut pada tahun 2016 untuk Kategori Kedai Alat Tulis dan Buku daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

 ??  ?? JOM BERKUNJUNG: Saujana Book Store akan menawarkan promosi harga diskaun istimewa pada 27 dan 28 Disember (Selasa dan Rabu) ini.
JOM BERKUNJUNG: Saujana Book Store akan menawarkan promosi harga diskaun istimewa pada 27 dan 28 Disember (Selasa dan Rabu) ini.
 ??  ?? ANUGERAH: Saujana Book Store pernah mendapat Anugerah Kedai Harga Patut pada tahun 2016 untuk Kategori Kedai Alat Tulis dan Buku daripada KPDNKK.
ANUGERAH: Saujana Book Store pernah mendapat Anugerah Kedai Harga Patut pada tahun 2016 untuk Kategori Kedai Alat Tulis dan Buku daripada KPDNKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia