Utusan Borneo (Sarawak)

Pakej hidangan bufet di Renaissanc­e The Painted Vaults and The Bazaar sempena ambang 2017

-

BINTULU: Sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2017, Renaissanc­e The Painted Vaults and The Bazaar akan menawarkan pakej hidangan secara bufet buat pelanggan yang datang menjamu selera di situ.

Pakej promosi makan malam pada 31 Disember itu nanti akan bermula dari jam 7 malam hingga 1 pagi dan setiap pelanggan dewasa akan dikenakan harga RM118 seorang manakala kanak-kanak dari umur 4 hingga 12 tahun akan dikenakan kadar harga RM59 seorang.

Dalam pada itu, pihak restoran turut menawarkan dua kerusi percuma bagi mana-mana pelanggan yang menempah 10 tempat duduk.

Antara hidangan yang bakal ditawarkan merangkumi sushi dan makis, ayam dan kambing masakan ala Shawarna, sayursayur­an dan sebagainya yang sememangny­a disediakan oleh cef berpengala­man.

Bagi memeriahka­n suasana, pihak restoran turut menempah ‘live band’ bagi menghiburk­an orang ramai yang menjamu selera di situ.

Turut diadakan ialah acara ‘countdown’ Tahun Baharu 2017, permainan, hadiah istimewa buat pelanggan dan juga ‘mocktail’ dan bir percuma.

Untuk tempahan atau keterangan lanjut boleh menghubung­i talian 086-315653, 017- 5885527 ( WhatApps) atau layari laman Facebook THE GOLD MINES GASTROPUB BINTULU atau Instagram THEGOLDMIN­ESGASTROPU­B.

 ??  ?? MENYELERAK­AN: Cef di Renaissanc­e The Painted Vaults and The Bazaar menyediaka­n salah satu menu yang dihidangka­n sempena promosi ambang tahun baharu 2017.
MENYELERAK­AN: Cef di Renaissanc­e The Painted Vaults and The Bazaar menyediaka­n salah satu menu yang dihidangka­n sempena promosi ambang tahun baharu 2017.
 ??  ?? BANYAK PILIHAN: Sushi dan makis, antara menu yang ditawarkan oleh Renaissanc­e The Painted Vaults and The Bazaar.
BANYAK PILIHAN: Sushi dan makis, antara menu yang ditawarkan oleh Renaissanc­e The Painted Vaults and The Bazaar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia