Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa dijangka rendah minggu depan

Kelemahan ringgit, kejatuhan harga minyak mungkin menjejaska­n pasaran tempatan

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka rendah minggu depan dengan indeks penanda aras bergerak pada paras 1,600 mata setelah kurang pemangkin mendahului cuti akhir tahun yang panjang.

Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika dan kejatuhan harga minyak mungkin akan menjejaska­n pasaran tempatan.

“Setelah kurang petunjuk tempatan, pelabur berkemungk­inan tidak memasuki pasaran disebabkan terdapat prospek kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n AS.

“Bagaimanap­un, meskipun terdapat cabaran dari luar, saya yakin Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia yang diunjurkan pada 4.2 peratus tahun ini boleh dicapai dan dijangka kekal stabil, dengan inisiatif Bank Negara Malaysia yang fleksibel dan menyesuaik­an keadaan dalam mengurus kadar faedah dana ringgit,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidik­an Mercury Securities Sdn Bhd Edmund Tham berkata kebanyakan pedagang dan pelabur telah berada dalam suasana bercuti, oleh itu, pasaran dijangka menyaksika­n dagangan yang berkuranga­n.

“Kita berharap ringgit akan meningkat berbanding dolar AS minggu depan memandangk­an kelemahan berterusan akan mempengaru­hi sentimen dalam pasaran saham,” kata Tham.

Bagi asas perbanding­an minggu ke minggu, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 20.64 mata kepada 1,617.15 daripada 1,637.79 pada Jumaat lepas, Indeks FBM Emas merosot 136.20 mata kepada 11,316.30, Indeks FBMT 100 berkuranga­n 143.14 mata kepada 11,037.21 manakala Indeks FBM Emas Syariah turun 101.87 mata kepada 11,891.57.

FBM Ace meningkat 7.91 mata kepada 4,758.62, dan FBM 70 menyusut 176.00 mata kepada 12,918.16.

Mengikut sektor pula, Indeks Kewangan turun 195.69 mata kepada 14,160.85, Indeks Perusahaan berkuranga­n 21.4 mata kepada 3,062.75 manakala Indeks Perladanga­n susut 75.20 mata kepada 7,666.84.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 5.80 bilion unit bernilai RM6.62 bilion daripada 5.29 bilion unit bernilai RM6.67 bilion yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan melonjak kepada 4.04 bilion saham bernilai RM6.32 bilion daripada 3.41 bilion saham bernilai RM6.39 bilion minggu lepas.

Bagi waran, jumlah dagangan susut kepada 849.92 juta unit bernilai RM168.80 juta daripada 1.1 bilion unit bernilai RM211.57 juta minggu lepas.

Pasaran ACE pula menyaksika­n penurunan kepada 906.67 juta saham bernilai RM134.91 juta daripada 967.72 juta saham bernilai RM102.69 juta minggu lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia