Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar jangka pendek dijangka stabil

-

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka stabil minggu depan berikutan penawaran tender oleh Bank Negara Malaysia bagi menyerap lebihan dana daripada sistem tersebut.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, kadar semalaman disebut harga pada 2.95 peratus manakala kadar-kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.02 peratus, 3.06 dan 3.10 peratus.

Bank pusat itu campur tangan setiap hari bagi menyerap lebihan mudah tunai dengan menawarkan tender pasaran wang konvension­al, repo berbalik, repo dan tender lelongan matang selain tender Qard, lelongan matang Islam Qard dan tender program Komoditi Murabahah.

Jumlah lebihan mudah tunai bagi minggu baru berakhir adalah rendah iaitu RM27.19 bilion bagi operasi konvension­al berbanding RM30.09 bilion pada Jumaat lepas.

Dana Islam pula susut kepada RM7.0 bilion daripada RM7.8 bilion, sebelumnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINGKAT: Azian (tengah) bergambar bersama peserta pada majlis Penyerahan Mobilepren­eur@KKLW Negeri Perak di Ipoh kelmarin.
— Gambar Bernama MENINGKAT: Azian (tengah) bergambar bersama peserta pada majlis Penyerahan Mobilepren­eur@KKLW Negeri Perak di Ipoh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia