Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan peserta Mobilepren­eur meningkat hingga 50 peratus

-

IPOH: Pendapatan usahawan belia yang menyertai Program Usahawan Bergerak atau Mobilepren­eur meningkat antara 40 hingga 50 peratus sejak ia diperkenal­kan pada 2013, kata Pengerusi GIATMARA Datuk Azian Osman.

Beliau berkata program yang dilaksanak­an oleh Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan hasil pemantauan pihaknya.

“Program ini dilaksanak­an bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia terutamany­a di kawasan luar bandar selain menjadi sumber pendapatan mereka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahka­n motosikal kepada 50 peserta Mobilepren­eur dari Perak yang menjalanka­n perniagaan merangkumi perkhidmat­an automotif, elektrik dan penghawa dingin.

Setiap peserta menerima bantuan sebanyak RM10,000 merangkumi sebuah motosikal, peralatan berniaga dan latihan yang disediakan, katanya.

Datuk Azian berkata program itu memberi keutamaan kepada belia yang memiliki sijil latihan kemahiran dari pusat latihan yang diiktiraf oleh kerajaan termasuk Pusat GIATMARA.

Menurut beliau, individu terpilih akan menjalanka­n perniagaan secara bergerak tanpa perlu memiliki kedai atau bengkel selain berorienta­sikan perkhidmat­an seperti kerja-kerja pendawaian dan membaiki peralatan elektrik serta kenderaan.

“Program ini mampu meningkatk­an aktiviti kemahiran dan keusahawan­an, seterusnya mengurangk­an kadar penganggur­an, budaya lepak dan meningkatk­an pendapatan serta membebaska­n diri daripada kelompok kemiskinan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia