Utusan Borneo (Sarawak)

Dagangan PTKL dijangka lengang minggu depan

-

KUALA LUMPUR: Pasaran TimahKuala­Lumpur(PTKL) dijangka menyaksika­n dagangan lebih lengang minggu depan dan harga bergerak dalam jajaran kecil antara AS$20,700 dan AS$20,900 satu tan metrik.

Seorang peniaga berkata pasaran akan terjejas berikutan kekurangan petunjuk pada minggu depan berikutan tindakan pedagang melanjutka­n cuti masing-masing sempena perayaan Krismas serta cuti hujung tahun ini.

Pasaran yang ditutup Isnin ini bersempena cuti umum Krismas pada hari Ahad, akan dibuka semula pada Selasa.

Pada Jumaat, harga timah ditutup pada paras AS$20,800 satu tan, susut AS$400 daripada AS$21,200 satu tan ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Sepanjang dagangan minggu ini, harga timah di pasaran tempatan kebanyakan­nya rendah berikutan kekurangan faktor penggerak pasaran.

Di Bursa Logam London (LME), harga timah susut AS$290 untuk ditutup kepada AS$20,940 satu tan daripada AS$21,230 satu tan pada akhir minggu lepas.

Bagaimanap­un, jumlah dagangan di PTKL meningkat kepada 230 tan minggu ini berbanding 164 tan pada minggu sebelumnya dengan sebahagian besar dagangan membabitka­n transaksi dari Jepun, Korea Selatan, China, Pakistan dan Brazil.

Premium antara PTKL dan LME meningkat kepada AS$140 satu tan berbanding S$30 satu tan pada Jumaat lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia