Utusan Borneo (Sarawak)

Permintaan getah diunjur kurang minggu depan

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lembap minggu depan setelah kurang permintaan berikutan pedagang tidak akan memasuki pasaran kerana bercuti sempena akhir tahun, kata peniaga-peniaga.

Seorang peniaga berkata harga komoditi berkemungk­inan bergerak mendatar dan juga bergantung kepada penawaran pasaran dan prestasi ringgit.

“Pengeluara­n getah asli di negara-negara pengeluar meningkat tetapi angka eksport akan baik. Ini akan membantu mengimbang­i harga daripada terus jatuh,” kata seorang peniaga kepada Bernama.

Beliau berkata kelemahan ringgit, yang mengakhiri minggu pada 4.4725/ 4755 berbanding dolar AS, akan menyediaka­n sokongan ke- pada pasaran.

Pergerakan di niaga hadapan getah di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), juga akan mempengaru­hi harga di pasaran domestik minggu depan.

Pasaran tempatan akan ditutup pada Isnin sempena Hari Natal yang jatuh pada Ahad.

Bagi minggu yang baru berakhir, dagangan bercampurc­ampur terutamany­a dipengaruh­i oleh ketidakten­tuan dalam harga komoditi seperti minyak mentah dan kacang soya serta turun naik ringgit.

Bagi asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi SMR 20 susut 62.5 sen kepada 863.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 7.5 sen kepada 644 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia