Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan emas di Bursa M’sia dijangka mendatar

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan kelemahan sentimen pasaran yang menyekat potensi kenaikan harga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Ong Su Ling berkata pedagang lebih berhati-hati untuk memasuki pasaran berikutan para pelabur sebaliknya dalam suasana untuk bercuti sempena Hari Natal dan Tahun Baharu.

“Tiada sebarang pemangkin pada masa ini dan kami menjangkak­an dagangan pasaran akan mendatar pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Bagi perbanding­an mingguan, bulan semerta Disember 2016 susut 14 mata kepada RM164.10 segram manakala Januari 2017, Februari 2017 dan Mac 2017 masing-masing menokok dua mata kepada RM164.10, RM164.90 dan RM165.70 segram.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 10 lot bernilai RM165,825 daripada 42 lot bernilai RM443,200 juta pada Jumaat lepas.

Kepentinga­n terbuka pada Jumaat juga susut kepada 259 kontrak daripada 263 kontrak, sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia