Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas gabenor Mexico larikan diri ke Costa Rica

-

SAN JOS: Pihak berkuasa Costa Rica menyatakan kelmarin mereka sedang berada dalam keadaan berjaga- jaga bagi seorang bekas gabenor Mexico dalam buangan disyaki telah menggelapk­an ratusan juta dolar selepas rakan sejawatann­ya dari Mexico menyatakan dia kali terakhir dikesan di sebuah zon mewah di bandar utama mereka.

Menteri Keselamata­n Gustavo Mata memberitah­u satu sidang media bahawa tiada petanda bekas ketua wilayah Veracruz di Mexico, Javier Duarte de Ochoa, telah memasuki Costa Rica di bawah namanya sendiri.

Namun beliau tidak menyatakan Duarte datang dengan dokumen palsu, seperti yang dilaporkan media Mexico.

“Saya telah mengarahka­n pihak berkuasa dengan perkhidmat­an migrasi untuk menyiasat dan sekiranya dia telah dikesan, dia akan dihantar pulang dengan segera ke Mexico,” kata Mata.

Beliau menambah bahawa kali terakhir Duarte menggu- nakan pasport Mexiconya untuk masuk dan meninggalk­an Costa Rica adalah pada enam tahun lepas.

Menurut kepada satu laporan atas talian oleh kumpulan media El Financiero di Mexico memetik kepada pegawai keselamata­n, Duarte telah hilang dari Veracruz bersama dengan keluargany­a pada Oktober sejurus selepas meletakkan jawatan dari tugasnya semasa tuduhan rasuah.

Dia telah dikesan di negara jiran Guatemala dan kemudian, pada minggu lepas, di sebuah hotel lima bintang di daerah barat kecil Escazu di ibu negara Costa Rica dari mana dia telah dikatakan telah membuat satu panggilan telefon yang dirakam kepada ahli keluargany­a.

Duarte telah disiasat be r k e n a a n de n g a n penyelewen­gan sejumlah $1.6 bilion dari akaun umum melalui satu rangkaian syarikat, termasuk jenayah lain.

Mata mengesahka­n bekas bendahari Duarte, Vicente Benitez, memiliki beberapa hartanah di Costa Rica.

Namun beliau menyatakan satu pemeriksaa­n ke atasnya tidak memberikan sebarang petunjuk. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia