Utusan Borneo (Sarawak)

Ejen Pinochet mohon maaf

-

SANTIAGO: Sembilan bekas ejen rejim diktator Chile Augusto Pinochet meminta pengampuna­n atas jenayah mereka kelmarin, yang pertama bagi Chile, namun keluarga mangsa menolaknya sebagai satu penipuan.

Permohonan maaf dibuat dalam upacara keagamaan persendiri­an di penjara Punta Peuco, di mana 100 bekas ejen rejim dihukum atas kesalahan menculik, membunuh dan menyeksa semasa pemerintah­an Pinochet dari 1973 hingga 1990.

Sembilan banduan itu termasuk Raul Iturriaga, pegawai berpangkat tinggi pasukan polis politik Pinochet.

“Tuhan sedang melakukan sesuatu yang luar biasa di dalam negara ini dan ia adalah mustahil sehinggala­h barubaru ini,” paderi Anglikan Pablo Alvarez memberitah­u wartawan selepas majlis tersebut, yang telah ditutup kepada pihak media.

Namun beberapa anggota keluarga mangsa membantah di luar penjara, menolak upacara itu sebagai satu usaha tersembuny­i untuk mendapatka­n pengampuna­n atau pembebasan awal.

“Kami mempunyai hak dan tugas moral untuk berada di sini menghalang tindakan media ini,” menurut Alicia Lira, ketua kumpulan hak asasi bagi keluarga mangsa.

An g g o t a ke l u a r g a menegaskan tiada seorang pun banduan itu memberi maklumat mengenai nasib hampir 1,000 orang yang hilang dan dibunuh rejim.

Mereka turut menuntut penutupan Punta Peuco yang dikecam sebagai penjara mewah dilengkapi gelanggang tenis, bar teres dan barbeku.

Lebih 3,000 penentang rejim maut atau hilang semasa pemerintah­an Pinochet, manakala 38,000 diseksa.

Pinochet yang berkuasa susulan rampasan kuasa tentera, mati pada 2006 tanpa dibicaraka­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia