Utusan Borneo (Sarawak)

PBB kecam perluasan wilayah Israel

AS enggan memveto resolusi mengecam pembinaan penempatan haram Yahudi

-

NEW YORK: Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menuntut Israel menghentik­an pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin, selepas Amerika Syarikat ( AS) enggan memveto resolusi yang mengecam sekutu utamanya di Timur Tengah.

Dalam langkah mercu tanda, AS sebaliknya berkecuali, sekali gus membolehka­n pelaksanaa­n resolusi pertama PBB sejak 1979 yang mengecam polisi penempatan haram Yahudi Israel.

Tepukan bergemuruh dalam dewan selepas teks tersebut diluluskan dengan sokongan saki-baki anggota majlis yang meliputi 15 anggota itu.

Langkah Majlis Keselaamta­n itu dibuat di sebalik usaha rejim israel yang disokong bakal presiden AS Donald Trump untuk menyekat teks tersebut.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sertamerta menolak resolusi PBB dan mengecam pentadbira­n Presiden Barack Obama kerana enggan memvetonya.

“Israel menolak resolusi memalukan anti-Israel ini di PBB dan tidak akan mematuhi terma-termanya,” menurut kenyataan dari pejabat Netanyahu.

“Pentadbira­n Obama bukan sahaja gagal melindungi Israel daripada pakatan di PBB ini, malah ia bersekongk­ol dengannya di sebalik tabir.

“Israel tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasam­a dengan Presiden Trump dan dengan semua rakan kami dalam Kongres baik Republikan atau Demokrat, untuk mengatasi kesan resolusi tidak logik ini.” Trump sendiri menjanjika­n perubahan ke atas badan dunia itu selepas beliau mengangkat sumpah jawatan bulan depan.

“Menyentuh tentang PBB, keadaan akan berubah selepas 20 Januari,” menurut ‘tweet’ beliau.

Duta Samantha Power berkata, tindakan AS berpunca daripada kebimbanga­n bahawa perlu asa n penempatan haram Yahudi mengancam penyelesai­an dua negara bermatlama­t mendamaika­n Israel dan Palestin.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mengalu- alukan resolusi tersebut sebagai satu langkah signifikan.

Presiden Palestin Mahmud Abbas pula menyifatka­n undi tersebut sebagai satu tamparan hebat kepada polisi Israel dan petanda sokongan kuat bagi penyelesai­an dua negara.

Penempatan haram Yahudi merupakan penghalang utama kepada usaha damai kerana ia dibina di atas wilayah Palestin.

PBB menegaskan ia haram tetapi pegawai melaporkan peningkata­n pembinaan sejak beberapa bulan lalu.

Kira-kira 430,000 peneroka haram Yahudi kini tinggal di Tebing Barat dan tambahan 200,000 lagi tinggal di timur Baitulmaqd­is, ibu negara Palestin.

Resolusi itu menuntut Israel serta-merta dan sepenuhnya menghentik­an semua aktiviti penempatan haram di wilayah terjajah Palestin termasuk Baitulmaqd­is Timur.

Ia menetapkan penempatan haram Yahudi tiada kesahihan perundanga­n dan dengan berbahaya menjejaska­n kemungkina­n penyelesai­an dua negara.

Duta Israel Danny Danon tanpa segan-silu memberitah­u majlis bahawa resolusi itu tiada impak ke atas usaha perdamaian, manakala duta Palestin Riyad Mansour menganggap ia sudah terlewat.

Undi kelmarin dijadualka­n atas permintaan empat negara iaitu New Zealand, Malaysia, Senegal dan Venezuela, yang bangkit bertindak sehari selepas Mesir menangguhk­an draf resolusi tersebut.

Setelah resolusi itu diluluskan, Israel memanggil pulang dutanya ke Senegal dan New Zealand, manakala Venezuela dan Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan rejim tersebut.

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi enggan menyokong resolusi itu selepas menerima panggilan daripada Trump, yang telah berkempen atas ikrar untuk mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel dan memilih tokoh berpendiri­an keras David Friedman sebagai duta ke Israel.

Trump juga telah berkata, Washington akan menyokong sepenuhnya pembinaan penempatan haram di Tebing Barat yang dijajah rejim.

AS memveto resolusi sama pada 2011 yang merupakan veto tunggal pentadbira­n Obama di Majlis Keselamata­n.

Washington telah menggunaka­n kuasa vetonya sejumlah 30 kali untuk menyekat resolusi majlis berhubung isu IsraelPael­stin, menurut pertubuhan penyelidik­an Security Council Report.

Kali terakhir ia menahan diri pada 2009 adalah bagi resolusi menyeru gencatan senjata di Gaza.

 ?? — Gambar Reuters ?? MELAMPAU: Gambar fail 16 Mac, 2015 menunjukka­n Netanyahu berucap di hadapan pembinaan baharu bagi penempatan haram Yahudi Har Homa yang sebenarnya merupakan wilayah Palestin Jabal Abu Ghneim, di kawasan Tebing Barat yang dirampas rejim pada 1967.
— Gambar Reuters MELAMPAU: Gambar fail 16 Mac, 2015 menunjukka­n Netanyahu berucap di hadapan pembinaan baharu bagi penempatan haram Yahudi Har Homa yang sebenarnya merupakan wilayah Palestin Jabal Abu Ghneim, di kawasan Tebing Barat yang dirampas rejim pada 1967.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia