Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Thai selamatkan dua anak orang utan

-

BANGKOK: Polis Thailand menyelamat­kan dua ekor anak orang utan dalam operasi mengejut selepas pegawai menyamar merundingk­an pembelian haiwan itu menerusi aplikasi permesejan mudah alih daripada penyeludup hidupan liar dengan harga hampir AS$ 20,000, menurut para pegawai.

Satu maklumat tidak dikenali memaklumka­n polis tentang iklan dalam talian bagi haiwan yang diancam kepupusan itu, yang berusia tidak sampai setahun dan sebesar bayi dua tahun.

Polis kemudian menyamar sebagai pembeli yang berminat dan menghubung­i penjual menerusi WhatsApp, menurut timbalan pengarah taman negara Adisorn Noochdumro­ng.

“Mereka bersetuju untuk membeli dua ekor orang utan itu dengan harga 700,000 baht dan memindahka­n deposit 100,000 baht kepada akaun bank milik seorang lelaki tempatan,” katanya.

Para pegawai menyamar itu kemudian berunding untuk mengambil anak monyet itu di luar pasar raya di Bangkok

pada 21 Disember di mana ia dihantar oleh seorang pemandu teksi bandar.

Pemandu terbabit ditahan tetapi dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mendapati dia tidak terlibat dengan kumpulan tersebut, menurut pegawai polis hidupan liar Anothorn Srithongba­i.

“Penyeludup sebenar masih dalam siasatan kami,” katanya.

Orang utan berasal dari Malaysia dan Indonesia tetapi kerap diseludup secara haram di seluruh Asia Tenggara sama ada untuk zoo peribadi atau sebagai haiwan peliharaan. Thailand pula sudah lama menjadi hab transit produk hidupan liar haram ke pasaran utama seperti Vietnam dan China.

Pertubuhan antipenyel­udupan Freeland yang membantu dengan operasi menyelaamt tersebut berkata, cubaan jualan itu ada kaitan dengan sindiket penjenayah wilayah yang terlibat dalam dagangan haram hidupan liar yang lumayan.

Media sosial menjadi alat penting kumpulan tersebut mewujudkan proses jual beli, kata Matthew Pritchett dari Freeland.

 ?? — Gambar AFP ?? MANA IBU: Gambar serahan Sarayouth Phaleebatr­a daripada AsiaWorks yang dikeluarka­n Freeland pada Rabu lalu menunjukka­n anak orang utan terbabit yang dirawat di sebuah klinik haiwan susulan operasi polis di Bangkok.
— Gambar AFP MANA IBU: Gambar serahan Sarayouth Phaleebatr­a daripada AsiaWorks yang dikeluarka­n Freeland pada Rabu lalu menunjukka­n anak orang utan terbabit yang dirawat di sebuah klinik haiwan susulan operasi polis di Bangkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia