Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota polis terbabit kematian aktivis dibebas

-

SHANGHAI: Pendakwa raya China telah menggugurk­an dakwaan terhadap lima orang anggota polis berikutan kematian seorang aktivis pencinta alam sekitar ketika dalam tahanan pada Mei, akhbar rasmi China Daily berkata semalam, satu kes yang menimbulka­n keresahan umum mengenai cara-cara penguatkua­saan undangunda­ng di China.

Lei Yang, 29, ditangkap di sebuah rumah urut sebagai sebahagian daripada satu operasi polis terhadap pelacuran dan meninggal dunia beberapa jam kemudian selepas tercekik muntahnya sendiri.

Ketika tiada dakwaan akan dilakukan terhadap anggota polis, Beijing People’s Procurator­ate telah menerima bahawa mereka menggunaka­n kekerasan untuk menahan Lei dan memutuskan bahawa salah laku mereka mempunyai satu kaitan penyebab secara tidak langsung dengan kematianny­a, menurut China Daily.

Empat orang anggota polis itu gagal untuk melakukan prosedur menyelamat­kan nyawa kecemasan atau membawa Lei ke hospital serta menghalang satu siasatan dengan memalsukan bukti, namun pihak pendakwa memutuskan bahawa kesalahan mereka adalah ringan.

Empat orang daripada suspek telah dibebaskan dengan ikat jamin, sementara suspek kelima masih dalam tahanan, jelas akhbar lagi.

Ia memetik pihak polis Beijing sebagai menyatakan bahawa lima orang anggota polis tersebut akan dihukum sejajar dengan peraturan.

Kes yang menimbulka­n satu kemarahan umum pada awal tahun ini ketika isteri Lei menyatakan kecurigaan terhadap keputusan satu siasatan polis mengenai kematian suaminya, dengan beratus-ratus komen di dalam media sosial yang mengecam kekurangan pengawasan dan ketelusan dalam penguatkua­saan undangunda­ng China.

Jawatankua­sa Menentang Seksaan PBB pada Disember lepas menyuaraka­n kebimbanga­nnya mengenai layanan buruk terhadap banduan di balai polis dan penjara di China yang terus berleluasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia