Utusan Borneo (Sarawak)

Israel pulangkan sembilan mayat warga Palestin

-

HEBRON: Israel telah menyerahka­n kepada pihak berkuasa Palestin mayat sembilan orang rakyat Palestin yang terbunuh ketika melakukan serangan terhadap anggota tentera dan orang awamnya, menurut pihak tentera kelmarin.

Lima dari mayat tersebut adalah rakyat Palestin dari bandar utama Hebron di Tebingan barat yang ditakluki, menurut seorang jurucakap tentera.

Mereka telah kembali seminggu selepas Israel menyerahka­n kepada pihak berkuasa Palestin mayat tujuh orang Palestin yang lain.

Satu gelombang bagi serangan Palestin meletus pada tahun lepas, namun keganasan telah semakin bertambah sejak beberapa bulan lepas.

Sejak Oktober 2015, 246 orang Palestin, 36 orang rakyat Israel, dua orang rakyat Amerika, seorang rakyat Jordan, seorang dari Eritrea dan seorang rakyat Sudan telah terbunuh, menurut kepada satu kiraan AFP.

Kebanyakan rakyat Palestin yang terbunuh telah melakukan serangan pisau, senjata atau rempuhan kereta, menurut kepada pihak berkuasa Israel.

Mereka yang lain telah ditembak mati semasa bantahan atau pertempura­n, sementara beberapa orang lagi meninggal dunia dalam serangan udara Israel di Semenanjun­g Gaza.

Sejak bermula keganasan, pasukan tentera Israel telah menyita mayat rakyat Palestin yang terbunuh, selalunya selama beberapa bulan, sebagai satu cara bagi bantahan dan untuk menghalang pertempura­n semasa upacara pengebumia­n.

Di bawah bekas menteri pertahanan Moshe Yaalon, pihak tentera telah mula memulangka­n mayat rakyat Palestin yang tidak berkaitan dengan kumpulan bersenjata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia