Utusan Borneo (Sarawak)

Cuaca buruk jejas perjalanan di barat AS

-

MILWAUKEE: Ribut musim sejuk semalam menyasari Barat dan Tengah Barat Amerika Syarikat ( AS) di mana ia dijangka membawa salji tebal dan hujan yang dingin membeku, sekali gus berisiko menjejaska­n perjalanan berjuta- juta penduduk sempena musim perayaan, menurut peramal kaji cuaca.

Amaran dan pemantauan ribut musim sejuk dan ribut salji berkuat kuasa dari Nevada dan Colorado hingga ke Dakota dan utaraMinne­sota dengan jangkaan salji setebal dua hingga 15 inci berserta angin kuat sepanjang semalam dan hari ini, menurut Perkhidmat­an Kaji Cuaca Negara (NWS).

“Ribut salji dijangkaka­n di seluruh dataran utara pada Hari Krismas, di mana salji dan angin sekuat 60 batu sejam akan menimbulka­n keadaan perjalanan yang amat berbahaya,” menurut NWS.

Cuaca buruk pastinya menjejaska­n pelan kira-kira 94 juta penduduk yang dijangka melakukan perjalanan darat sepanjang musim perayaan ini, menurut Persatuan Automobil Ameirka (AAA).

Dari New Mexico hingga ke timur laut Wisconsin, gabungan hujan dingin membeku dan salji akan melitupi jalan raya dengan kelicinan ais sepanjang hujung minggu, ramal NWS.

Ribut petir dan angin selaju 70 kilometer sejam juga dijangka di utara Texas, tengah Oklahoma serta selatan Kansas dan Missouri pada semalam dan hari ini, tambah NWS.

Ribut menimbulka­n masalah kelmarin di timur laut Oregon di mana pihak berkuasa menutup Interstate 84 antara Baker City dan LaGrande untuk beberapa jam setelah salji menyebabka­n jarak pandangan berkuranga­n kepada sifar.

Cuaca buruk j uga menyebabka­n pembatalan lebih 620 penerbanga­n kelmarin di AS, menurut laporan flightawar­e.com.

Di Appleton, Wisconsin, di mana salji turun sepanjang malam kelmarin, sebuah pesawat membawa atlet liga bola sepak Amerika Minnesota Vikings tergelinci­r dari landasan tetapi tiada sesiapa cedera, menurut pegawai pasukan dan lapangan terbang tempatan.

Amaran dan pemantauan banjir juga dikuatkuas­akan di beberapa bahagian di Pantai Barat termasuk pesisiran California Selatan dan Tengah Barat selepas hujan lebat sepanjang malam kelmarin dan suhu dijangka meningkat di seluruh wilayah tersebut sepanjang hujung minggu.

Di sebalik cuaca musim sejuk itu, beberapa bahagian di Missouri, Kentucky dan Tennessee dijangka menikmati cuaca hangat luar biasa pada Hari Krismas di mana suhu akan mencecah 16 darjah Celsius ketika suhu musim sejuk lazimnya di bawah sifar darjah Celsius, menurut NWS. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GANGGUAN CUACA: Orang ramai menunggu giliran untuk pemeriksaa­n keselamata­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa O’Hare di Chicago, Illinois kelmarin, antara hab paling sibuk menjelang minggu-minggu Krismas dan Tahun Baharu.
— Gambar AFP GANGGUAN CUACA: Orang ramai menunggu giliran untuk pemeriksaa­n keselamata­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa O’Hare di Chicago, Illinois kelmarin, antara hab paling sibuk menjelang minggu-minggu Krismas dan Tahun Baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia