Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman cari rakan subahat penyerang Berlin

Amri yang ditembak mati polis Itali di Milan sememangny­a dalam pemantauan terorisme

-

BERLIN: Jerman memburu suspek yang dipercayai bersubahat dengan suspek penyerang trak Berlin semalam, sehari selepas dia dibunuh polis Itali ketika berbalas tembakan di Milan.

Ketika Jerman bersedia untuk menyambut Krismas, pihak berkuasa yang berdepan tekanan berkata, ratusan penyiasat akan bertugas sepanjang musim perayaan ini.

Pemuda Tunisia bernama Anis Amri, 24, itu dipercayai merampas sebuah trak dan menggunaka­nnya untuk menggilis orang ramai di sebuah pasar Krismas di Berlin pada Isnin lalu, membunuh 12 orang dalam serangan yang diakui kumpulan Islamic State (IS).

Pemohon suaka yang ditolak itu menjadi fokus pemburuan empat hari selepas serangan sebelum dipatahkan oleh polis Itali.

Canselor Angela Merkel kelmarin berterima kasih kepada Itali dan meluahkan rasa lega bahawa suspek tidak lagi menimbulka­n ancaman.

Beliau turut menjanjika­n an a l i s i s me n y e l u r u h bagaimana militan yang diketahui itu mampu menyelinap masuk.

“Kes Amri menimbulka­n persoalan dan kami akan meneliti dengan rapi tahap prosedur rasmi yang perlu diubah,” katanya.

“Bagaimana teroris paling dikehendak­i di Eropah meninggalk­an Jerman?” soal harian disegani Die Welt dalam laman sesawangny­a ketika kritikan memuncak mengenai cara siasatan dijalankan.

Amri ditembak mati selepas mengeluark­an pistol lalu menembak dua pegawai yang menahannya untuk pemeriksaa­n identiti rutin pada awal pagi kelmarin dekat stesen kereta api Sesto San Giovanni di Milan.

Salah seorang pegawai terbabit cedera ringan sebelum Amri dibunuh anggota polis baharu Luca Scata, 29, yang sejak itu disanjung sebagai wira.

Polis berkata, Amri telah memaki polis dalam bahasa Itali sebelum melepaskan tembakan.

Menurut ketua polis Milan Antonio De Iesu, Amri tiba di Itali dari Jerman melalui Perancis bersama ratusan euro tetapi tiada telefon bimbit.

Kumpulan IS mengeluark­an satu video kelmarin di mana Amri ditunjukka­n berikrar taat setia kepada ketua mereka Abu Bakr al-Baghdadi.

Penyiasat Jerman kini memfokus kepada butiran sama ada Amri mempunyai rangkaian rakan subahat dalam persiapann­ya untuk melancarka­n serangan atau ketika melarikan diri, menurut pendakwa raya persekutua­n Peter Frank kepada para wartawan.

Amri yang sememangny­a dipantau agensi antiterori­sme Jerman dan Itali dikatakan tiba di Eropah melalui Itali dengan bot pendatang pada 2011.

Dia kemudian dipenjarak­an selama empat tahun setelah memulakan kebakaran di sebuah pusat pelarian di mana dia dipercayai menjadi radikal.

Selepas tamat tempoh hukuman, dia pergi ke Jerman pada 2015 dan menyalahgu­nakan sistem sempadan terbuka Schengen, seperti mana cara kepulangan­nya ke Itali minggu ini.

Agensi keselamata­n Jerman memantau Amri sejak Mac kerana mengesyaki dia merancang untuk merompak bagi mendapatka­n wang bagi membeli senjata api automatik untuk melancarka­n seranagn.

Namun pemantauan dihentikan pada September kerana Amri, yang sepatutnya diusir berbulan- bulan sebelum itu, dilihat sekadar menjadi pengedar dadah kecil-kecilan.

Parti antipendat­ang Jerman AfD, yang menyalahka­n polisi suaka liberal Merkel, menyaksika­n sokongan awam meningkat kepada lebih 15 peratus dalam tinjauan kelmarin, menjelang pilihan raya umum yang dijangka pada September tahun depan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERJAGA-JAGA: Kenderaan peronda polis memantau suasana di sekitar lebuh beli-belah di tengah Madrid, kelmarin ketika kawalan keselamata­n dipertingk­at di pasar-pasar Krismas di seluruh Eropah susulan serangan trak maut di Berlin.
— Gambar AFP BERJAGA-JAGA: Kenderaan peronda polis memantau suasana di sekitar lebuh beli-belah di tengah Madrid, kelmarin ketika kawalan keselamata­n dipertingk­at di pasar-pasar Krismas di seluruh Eropah susulan serangan trak maut di Berlin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia