Utusan Borneo (Sarawak)

TOLERANSI SEJATI

Hari Krismas bagi keluarga Gujang membuktika­n ikatan kekeluarga­an tidak dibatasi perbezaan agama.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Keluarga besar Gujang Mujik dan isterinya, Dohem Nayub adalah lambang toleransi sejati serta keharmonia­n kaum dan agama rakyat Sarawak.

Begitu istimewa, sambutan Hari Krismas hari ini membuktika­n betapa ikatan kekeluarga­an tidak akan putus biarpun ada di kalangan anakanak Gujang berlainan agama.

Pasangan berbangsa Bidayuh dari Kampung Selampit ini dikurniaka­n 12 orang anak di mana empat daripada mereka iaitu dua lelaki dan dua perempuan memeluk Islam.

Menariknya, meskipun sudah memeluk Islam, salah seorang anak kepada pasangan ini iaitu Nurhartini Gujang Abdullah terus menetap bersama ibu bapanya di kampung.

Menurut Dohem, perbezaan agama antara dia dan anak-anaknya yang beragama Islam tidak pernah menjadi isu dalam keluargany­a.

Malah, katanya, kepelbagai­an agama dalam keluarga besarnya ini termasuk ada yang menganuti agama Bahai, merapatkan lagi hubungan kekeluarga­an mereka.

“Kami sekeluarga tidak hanya menyambut Krismas, malah kami juga menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak kami, Nurhartini dan dua anaknya Nurul Farhana dan Ammir.

“Apa yang paling penting, kami sebagai ibu bapa dan anak-anak harus saling menghormat­i agama dan budaya masing-masing,” katanya.

Sementara itu, bagi Nurhartini dia dan anak-anaknya akan turut membuat persiapan bersama ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain pada Hari Krismas, begitu juga Gawai Dayak.

“Walaupun saya tidak lagi beragama Kristian, namun saya tetap meraikan Hari Krismas bersama ibu bapa dan adik-beradik saya yang lain kerana inilah rumah dan keluarga saya.

“Begitu juga apabila Hari Raya, ibu bapa serta adikberadi­k saya yang lain akan membuat persiapan bersama saya dan anak-anak termasuk dalam penyediaan makanan,” katanya.

Tiga lagi anak kepada pasangan ini yang memeluk Islam dan sudah berumah tangga ialah Othman Gujang Abdullah menetap di Kelantan, Nor Hafizah Gujang Abdullah menetap di Asajaya dan Rashidi Gujang Abdullah menetap di Terengganu.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Dohem (duduk kiri), Gujang (duduk kanan) meraikan Hari Krismas bersama anaknya Nurhartini (berdiri kanan), Avira (dua kanan) dan dua orang cucunya Nurul Farhanan (berdiri kiri) dan Ammir (duduk tengah) di kediaman mereka di Kampung...
RAIKAN BERSAMA: Dohem (duduk kiri), Gujang (duduk kanan) meraikan Hari Krismas bersama anaknya Nurhartini (berdiri kanan), Avira (dua kanan) dan dua orang cucunya Nurul Farhanan (berdiri kiri) dan Ammir (duduk tengah) di kediaman mereka di Kampung...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia