Utusan Borneo (Sarawak)

14 MAUT, 16 CEDERA NAHAS BAS EKSPRES DI PAGOH

- — Bernama

MUAR: Empat belas maut manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu mangsa yang maut terdiri daripada enam lelaki termasuk pemandu dan tujuh wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.

“Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia dipercayai berada di bahagian hadapan bas,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

Setakat ini, nama dan dan warganegar­a mangsa yang maut masih belum diketahui.

Azman berkata mangsa yang cedera pula terdiri daripada tujuh lelaki warga tempatan, enam warga Singapura (lima lelaki dan seorang wanita), dua lelaki warga Myanmar dan seorang perempuan yang tidak dikenal pasti identitiny­a.

Kesemua mangsa yang terkorban dan cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini, katanya.

Menurut Azman, bas yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru itu dipercayai bertolak dari Stesen Bas Larkin pada jam 2 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati bas itu dipercayai dipandu laju sebelum terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit laluan penduduk Kampung Jayo di bawah lebuh raya tersebut.

Azman berkata berkata polis masih menyiasat punca kejadian.

Menurutnya, usaha menghubung­i syarikat bas itu masih dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kirakira 45 minit kemudian.

“Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian,” kata Mohd Yusof ketika dihubungi di sini.

Mohd Yusof berkata operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi.

 ?? — Gambar Bernama ?? NGERI: Kerja-kerja pengalihan bas ekspres yang terlibat nahas sehingga mengorbank­an 14 penumpang giat dijalankan dengan bantuan kren.
— Gambar Bernama NGERI: Kerja-kerja pengalihan bas ekspres yang terlibat nahas sehingga mengorbank­an 14 penumpang giat dijalankan dengan bantuan kren.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia