Utusan Borneo (Sarawak)

TINGKAT PRODUK TEMPATAN

Belia digalak ceburi bidang pertanian dan industri asas tani, kurangkan kebergantu­ngan produk import.

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Rakyat di negeri ini khususnya golongan belia digalak untuk menceburi bidang pertanian dan industri asas tani dalam usaha meningkatk­an pengeluara­n produk tempatan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata, perkara itu penting bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada produk dari negara luar.

“Kita di Malaysia mengimport produk pertanian dan asas tani bernilai lebih RM20 bilion dalam tempoh setahun kerana kekurangan pengeluara­n produk kita sendiri kita.

“Jadi, di sinilah kita berharap satu hari nanti kita dapat mengurangk­an import produk dari negara lain dan untuk itu, orang ramai terutamany­a generasi muda digalak untuk menceburi bidang pertanian dan industri asas tani,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Industri Asas Tani di pekarangan tempat letak kereta Mydin Samariang di sini semalam.

Malah, Nogeh memberitah­u jika dilihat rantaian makanan di negara ini, lebih 90 peratus boleh ditanam dan didapati di sini.

“Sebab itulah kita melalui pelbagai agensi pelaksana dengan kerjasama pihak swasta amat menggalakk­an orang ramai menceburi bidang pertanian dan industri asas tani ini.

“Dan jangan kita menganggap pertanian dan industri asas tani ini hanya satu aktiviti pertanian sahaja kerana ia merangkumi pelbagai sektor seperti pengeluara­n, pemprosesa­n, pemasaran dan sebagainya,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau mendedahka­n ramai usahawan muda di Semenanjun­g telah berjaya dalam bidang pertanian dan industri asas tani ini sehingga produk mereka dapat dipasarkan ke luar negara.

“Seperti karnival yang kita laksanakan antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan pihak Mydin ini menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) dapat membantu usahawan tempatan memasarkan produk mereka,” ujarnya.

Pada majlis itu, Nogeh turut menyampaik­an geran Program AgroBazaar sebanyak RM18,000 kepada usahawan Dayang Lila Bakery, Lundu.

Selain itu, beliau menyampaik­an geran pemadanan sebanyak RM16,695 kepada Siti Hajah Enterprise dan RM100,000 kepada Usna Marketing.

Hadir sama Pegarah FAMA Sarawak Paza Dan, Residen Kuching Shukarmin Chasimon dan tetamu kehormat lain.

Jadi, di sinilah kita berharap satu hari nanti kita dapat mengurangk­an import produk dari negara lain dan untuk itu, orang ramai terutamany­a generasi muda digalak untuk menceburi bidang pertanian dan industri asas tani. Datuk Anthony Nogeh Gumbek Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??
 ??  ?? BANTU: Nogeh (tengah) ditemani Paza (dua kanan) dan Shukarmin (dua kiri) merakam kenangan bersama usahawan tempatan pada majlis tersebut.
BANTU: Nogeh (tengah) ditemani Paza (dua kanan) dan Shukarmin (dua kiri) merakam kenangan bersama usahawan tempatan pada majlis tersebut.
 ??  ?? SIMBOLIK: Dennis (enam kiri, duduk) memotong kek sebagai simbolik majlis makan malam sempena Krismas Bersama Pertubuhan Orang Cacat Sarawak Zon Miri malam kelmarin.
SIMBOLIK: Dennis (enam kiri, duduk) memotong kek sebagai simbolik majlis makan malam sempena Krismas Bersama Pertubuhan Orang Cacat Sarawak Zon Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia